Saturday, November 29, 2008

Popularnya dia ...

Cerita lama ni. Re-publish juga. Letak kat sini kerana rasanya lebih relevan.

Hari Ahad 1 Mac 2008, Ayue sms saya.

“Hari ni Budiey masuk KOSMO, 2 full pages citer pasal blog dia. Ko bila lagi?”

Terus saya capai tabloid itu dan mencari-cari berita tersebut. Ya, memang benar, Budiey menjadi topik di akhbar tersebut. Dahsyatnya. Glamer kawan kita tu!


Gambar forward dari email


Saya kenal Budiey semasa di universiti. Dia rakan sekuliah – tapi berbeza major. Saya boleh banyak terkomunikasi dengan Budiey sebab saya dan Budiey di bawah komiti penerbitan Nuqaba' Council UIA-KUSZA. Kalau tak, mungkin sampai hari ni saya tak cakap dengan dia - seperti Kepet, yang mengaku selama 5 tahun kita di KUSZA, ada 3 sisters yang dia tak pernah langsung bercakap! Tak sangka, hari ini Budiey menceburi bidang yang sangat-teramat kontras daripada kursus yang dipelajari di universiti.

Walau bagaimanapun, kami tidak terkejut kerana Budiey sememangnya seorang yang berkarektor. Dia seorang yang lone ranger, tapi mudah membuat kawan. Saya suka saja berbual dengan dia -- walaupun tak adalah sampai ke peringkat borak tak ingat dunia.

Semasa di tahun-tahun akhir pengajian, Budiey semakin berubah. Antara komen kawan-kawan:

“Kau tengok tak, Budiey dah pakai foundation?”

“Eh, Budiey pakai turtle neck tee … heee!”

Dan pelbagai lagilah komentar selari yang diberikan kepada Budiey hasil daripada pemerhatian mereka yang sangat jitu dan kompleks. (Saya pun tumpang sekaki juga buat observation tersebut dan terlibat secara langsung dalam memberikan komen-komen yang sepatutnya.)

Habis degree, masing-masing membawa haluan sendiri, dan Budiey kami dapat tahu bekerja di ASTRO (tak tahulah daripada mana kami dapat info tersebut. Tapi, tahu je lah … innate talent .. hehehe).

Cerita Budiey terhenti seketika sehinggalah satu hari Leena forwardkan gambar ini …


Budiey dan Wardina. Cayalah!

Pergh, Budiey sekarang sudah berpapasan dengan golongan rich and famous? Macam tak caya saja. Maka, dengan semangat berkobar-kobar nak meraikan kejayaan seorang teman, saya pun google pasal Budiey dan tadaaaa … sensasi selebriti yang keluar! Memang tidak syak lagi, dialah Budiey yang telah lama saya kenali.

Kami jadi excited bila mendapat tahu cerita ini. Dan kami meraikan cerita ini dengan senyuman sahaja. Kami rasa Budiey pun akan tersenyum manis melihat senyuman kami.

Oh Budiey! Semoga Budiey sentiasa berjaya dan bahagia dalam hidupnya!

Kami: Sekadar tumpang bahagia dengan kejayaan seorang sahabat. Er, Budiey, kenal lagi ke kami ni?

Cayalah!

Edit:
Kini Budiey makin berjaya dan berjaya. Makin terkenal di kalangan artis dan Malaysian who's who. Nak add dalam facebook pun malu .. hehehe ... Maklumle. Dengar-dengar re-union nanti Budiey akan diminta menjadi pengurus artis buat persembahan? Wohoooo!!

5 comments:

Unknown said...

Ooo jadi x silap la yea pichot ade at one time i remember getting an email gambar budiey ngn ella!! Dah glam gitu mamat tu sekarang.. yela dah jadi budiey Ku seru sekarang nie standard artis tu FuyOO!!!Anyway,terkonang sat den at one time mase tu baru lepas grad,terserempak ngan budiey n terkezut gempaqs jugak la mase jumpe dia tu cz tak sangka budiey ble sampai camtu jadiknye..cemane nak khabo ni ekk...alah personaliti budiey mcm ala-ala ya aa aww gitu!!n mase tu simpati abis gak la tgk n i've always put the blame on Nor cz maybe mamat tu jadi cam2 tu gara2 Nor reject dia kot!!Mamat tu kan tangkap lentoq ngan Nor dulu..But alhamdulillah la i can see pure manhood in him now at least,xde laa ya aaa awww lagiks!!Hai rugi la Nor...yeke?! mungkin tidaks.. ahakkkks ;-)

Anonymous said...

Budi skrg ni jadi ala wartawan hiburan. Ambik gambar artis pastu jual kat magazine....

Cayalah budi..

Budi nak kahwin tahun depan... ooops silap cakap.. dengan budak kampung aku.... ops silap cakap lagi...

Apa-apa pun tunggu apa penjelasan baharudin che wil....

Sy ada YM dia url blog ni tak tahu la dia masuk ke tak....

Zaidi Al-Kashafi said...

Masa di KUSZA dulu Budiey ni pernah jadi roomate aku untuk 1 ke 2 semester. Lepas tu aku tinggal di rumah sewa bersama Wan Hasan, Wan Arif, Razak, Akrabin, Halim & Hisham. Tapi Budiey dia masih stay tinggal di asrama KUSZA. Aku ni lah yang jadi pendengar setia kepada segala masalah dia.

Budiey kata sekarang ini dia tinggal di Bandar Baru Sentul.

Kalau nak tahu perkembangan terbaru Budiey, sila join facebook dan jadi kawan budiey, baca laman sesawang dia.

Anonymous said...

Shana:
Wooo ... Nor terlibat dgn budiey jugak? Adeh ... mmm ...

Suri:
Silap cakap sangat la tu ... cakap je la ... mesti Budiey tak kesah nye ...

Kasyaf:
Bagus le ko ni Kasyaf ... mmg sesuai gelar "Kasyaf" itu ...

Join FB org fofuler ni dok besh sgt ... kita akan terpinggir gitu ... hopefully, budiey sudi le nengok blog yg seadanya ini ...

Anonymous said...

Salam All ..
GO read Caypet's latest blog posting tentang BUdiey's ( last nite dia masuk "Blog @ RTM1 " ) ( Click here )
...
**Must Read **

:)