Tuesday, November 18, 2008

Ya Qadhial Hajaat ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh

Bagi menyempurnakan hajat Mejar Tuan Hisham Mohamed Zabri, maka dengan ini, saya selaku penyimpan kenangan bebudak UIA-KUSZA (huuu!!), dengan ini, mengisytiharkan bahawa tarikh penetapan majlis perkahwinan Tuan Mejar kita telah ditetapkan pada 30 November 2008.

Dengan ini, semua rakan taulan, sahabat handai, kerabat kerabut dijemput untuk memeriahkan Majlis yang julung-julung kali diadakan. Sila bawakan hadiah yang berkaitan sempena meraikan king and queen of the day ...

Klik gambar bawah tu untuk jemputan yang 'real' ...


Kad jemputannya ...



Peta rumahnya ...


P/s: Barangsiapa yang telah dijemput ke walimah, tetapi menguzurkan diri tanpa sebab, ketahuilah itu adalah sesuatu yang buruk dan berdosa ... ngeeee!

7 comments:

Anonymous said...

Insya Allah sy akn pegi kndri kawin hisham tu...

Sapa lg yg nk pegi ye???

Jomlah kita memeriahkan majlis tu...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku nak qadha' hajat kejap...aku mungkin tak leh pergi...sebab nak bawak mertua aku ke seremban ada wedding sepupu wife aku...kalau aku pergi rumah hisham pun, mungkin awal pagi sebelum subuh

AinRidz said...

Slm Tuan Mejar, mohon maaf daripada both of us, kami tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Tuan kerana clash pula dengan majlis kenduri my cousin di Cameron Highlands which was scheduled on the same day, apapun tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Tuan dan Isteri.

ajako said...

hisham datang kenduri aku, insya allah kena wat lawatan balas 30 nov nanti

Alin Ahmad said...

salam Hisham

congratulations.. semoga hingga hujung nyawa

Zaidi Al-Kashafi said...

seingat aku menghadiri jemputan walimatul urus adalah wajib selagi tidak ada maksiat dalam keraian tersebut. Adapun kalau tidak dijemput, tidaklah wajib kita hadir... bahkan haram pula sekiranya tuan empunya kenduri tersebut tidak menyukai kehadiran kita.

Aku akan cuba memenuhi undangan ke majlis kenduri itu. Senang jer nak pergi, cuma ikut lebuhraya MRR2 dan KESAS. Insya Allah.

Jumpa di sana.

Kashaf.

Anonymous said...

Tahniah kat Mejar Hisham Mohamad Zabri. Semoga berbahgia ke akhir hayat.