Thursday, November 27, 2008

BTN 1995 - Pusat Pertanian Setiu

Back in mood nak menulis, dan saya membelog dari office! :p


Ini cerita lama -- waktu awal-awal kita di KUSZA. BTN - Disember 1995, kita mula belajar mengenal antara satu sama lain. Ada yang teringin nak saling berkenalan, tapi segan-segan ...


Masa ni baru habis satu semester kita belajar di Matric tu, lepas final exam. Terpaksa datang awal, sebab nak pergi sini.

Saya bersama mereka ini - Abe Mea (Razman), Man Mat Noh, Wafi, Fathi, Majdi dan Suri. Ada sister dalam group saya itu minat gila sama si Majoi, dan dia sungguh gembira saat itu. Siapa dia? Rahsiaaa ... Saya? Saya tak minat sesapa, sebab saya busy mengenangkan aktiviti masuk hutan yang saya tak berapa nak gemar ni. Lagipun, saya macho, minat-minat ni aktiviti orang yang feminin je, hahahaha.

Saya suka dengan gambar ni, bukan kerana lelaki-lelaki yang terendam itu, tetapi kerana warna dia yang menimbulkan satu perasaan. Ahh .. susah nak describe, sebab saya tak tau apa istilah betulnya. Tapi, lelaki-lelaki terendam itu punyai makna juga bila dikenang-kenang. Hee.


Ini saat masuk hutan. Oh, paling ingat bila Bro. Bob (kat mana dia sekarang ye?) tersekat di akar dan tak boleh nak lolos diri. Kesian melihatnya. Namun nak ketawa pun ada!

Saya rasa macam nak mampus bila kena panjat bukit tu. Terpaksa bertongkat kayu. Baru 18 tahun (wah, lamanya cerita ini!) dah semput. Hmmm ...

Sisters di dalam kumpulan saya semuanya athletic dan kuat - kecuali saya. Zetty, Affrosh (Loh), Hasimah, Alwani dan Sue. Saya sukalah sekumpulan dengan diaorang.

Paling tak boleh lupa, masa kena buat bahtera merdeka, bila Man Mat Noh buat stunt sampai bergegar tempat kita berkumpul tu ... Maklumlah, rumah kayu. Punyalah beria sebab nak pastikan group kita nombor satu. Lepas tu kena perli, sebab sisters pulak jadi penahan halangan sedang brothers semua duduk dalam kapal. Kamu hafal lagi ke lagu Bahtera Merdeka tu?

Saya dah lupa siapa yang jadi penghulu dan penghulu wati di situ. Tapi, macam terbayang-bayang macam mana budak yang katanya mahu jadi PM Malaysia itu menunjukkan leadership skillnya. Kagum saya!

Banyak-banyak aktiviti, saya paling suka buat crawling (ke hapa nama dia - yang turun dari atas platform ke bawah tu. Lagi sekali ingatan saya melayang kepada Bro. Bob bila dia terus terluncur turun, tak seperti kita yang berdikit-dikit menampan dinding platform itu. Lepas dia turun, semua fasi kita ketawa dan kelihatan sangat lega.

Saya rasa, antara perkara yang saya mahu buat sebelum saya mati ialah melakukan bungee jumping di New Zealand. Ada sesiapa nak ikut? Dan, kalau tak dapat yang itu, paragliding will do. Oh, I'll die happily if I could do that ...

Seperkara yang tidak dapat dilupakan lagi, sekembali dari BTN, kita mendapat result exam. Boleh pulak saya kena repeat CCU. Hampes. English pun kena repeat. Memalukan.

Tapi, paling sedih, bila dah mesra-mesra di BTN ni, kita menerima perkhabaran yang dua orang kawan kita - Norafiza (Nora) dan Wan Ezrul Nizam akan kembali ke Lembah Pantai kerana mereka berdua over-qualified untuk English course di KUSZA tu (ye la, kita semua taraf CCU + CCL je, sedang diaorang dah ke ESP level). Sedih betul.

Tapi itulah kehidupan. Dah jadi pengalaman. Indah atau tidak, kita yang menentukan. Kalau indah yang terkenang, manis lah ia jadinya.

Semoga terjalin kembalilah perasaan-perasaan ukhuwah di BTN ini.

Hmmm ... tua benar kita ni dah, kan?

32 comments:

Anonymous said...

BTN? Saat paling indah bila dikenang... apa yang aku tak boleh lupa bila Mahfuzah berkata kepada brothers yang duk usyar dia sewaktu gathering kat situ " Apa tengok-tengok? Nak ngorat cakap nak ngorat..."

Bro Bob yang dimaksudkan tuh azhar
kamarudin AKA Tok kan? Rasanya ada kat Kuala Kangsar lagi tuh...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

yang mahfuzah sound tu ialah si Am...hahaha...aku puin terkezut...tak sangka dia ganas disebalik tudung labuh dia tu...by the way Fisha, khabar menyedihkan bila Wan Ezrul kena antar balik KL??? hmmm...let me think...hmmmm...aku tak taulah orang lainkan, tapi aku rasa best jugak dia kena balik kl...hahaha

Anonymous said...

Benda yang paling takleh aku lupa kat btn tu apabila fathi (kerja dia masa tu naikkan bendera tiap-tiap pagi) kena balik rumah sbb ada urusan family. Apa lagi si wafi ngan man noh hantu betul tolak aku ke depan naikkan bendera. Apa lagi kalut la aku. Dah la tu tersilap tabik kat bendera. Pas tu kena arah pumping ada la dekat 40 kali.
Hampeh......

Anonymous said...

Buhairi + Kepet:
Oh, tak ingat plak Fuzah ada buat cenggitu? Dia memang ganaz ... cool!

Pet, aku x de sedih utk dia la .. aku sedih si Nora tu ... si Bagak tu x de masa kita nak sedih2 kan ...

Tapi, yg haku musykil, apsal ko cam dendam je kat dia? Cam ada kesumat neh ... apsal? Apakah? Apakah?

Buhairi - yes, Khairul Azhar Kamarudin AKA Tok ... peminat kak Loh .. hehehe

Anonymous said...

Suri:
Apsal aku tak ingat pong citer tu?

musyaini said...

Masa BTN tu ada satu group ni nama dia Scorpion... ganas sgt la kunun...

Tp yang bestnyer ketua group kena humban dlm tasik pasai tak buat2 pengsan masa tracking... hahahahah

Tu la tak reti nak berpakat dgn group...

Anyway i hope this statement does offend any1.. peace

Zaidi Al-Kashafi said...

Yes, aku masih ingat-ingat lupa Kursus BTN di Setiu Terengganu pada hujung tahun 1995. Aku ahli kumpulan KAIZEN. Yang aku ingat ahli kumpulan aku tu Ajak, Halim, Zaharuddin, Wan Ariff, Aishah Atan, Halilah, siapa lagi ekk. Aku pakat dengan pakcik2 BTN tu aku yang kena berpura-pura pengsan. Kesian diorang yang kena usung aku. huhuhu...

Anonymous said...

To Fisha,

Tak ingat ke. Kita kan sama group...

btw, tengok gambar tu baru teringat sy pun ada simpan gambar yang sama

Pijat-Pijat said...

Musyai:
Ya .. kutuk je .. tp within the acceptable limit.

Kashaf:
Aku rasa batch kita takdak nama Halilah ... halilah tu kan ex-gewe andry ... ? 2nd batch budak tu ..Kalau halilah tu kau maksudkan dgn KHALILAtul azma .. ye la kot ...

Suri:
Eh, mmg saya ingat sgt .. kita segroup .. dan u suka betul pakai sweater warna ungu + hijau tu ...

Anonymous said...

Bukan senang woo nak pegang telur 24 jam time BTN tuh...

Teringat lagi time tengku zaiham baling telur kat Ja'a...tak tahu le nape dia bengang sangat kat ja'a masa tuh..huhu

shariza said...

Dear Kengkawan, seronok dgr cite korang. Rasanya Eija tak join BTN tu coz kena demam campak. Infact, bila masuk semester baru pun lambat sikit drpd korang.

Anonymous said...

EIja:

Oh ... too bad. It was such an amazing experience ... kalah amazing race tu layaknya!

Anonymous said...

kuikuikuikui.....tergelak ler bc komen ni semua sambil try test imbas kenangan BTN...

Zaidi Al-Kashafi said...

Fisha:
Ye betul kata engko tu. Pembetulan, bukan Halilah, tapi Khalilatul Azma, isteri Ja'a. Azma tu lah yang berikan nama kumpulan Kaizen.

Masa aku pura2 pengsan, aku nak tergelak tengok diorang sungguh-sungguh usung aku. Tapi aku tahan gelak dalam hati ajer. Kih,kih, kih.

Paling best masa jungle trekking, masuk hutan, panjat bukit, masuk sungai dalam gua batu, turun bukit. Sampai kat kem, kena menteberang kolam bergayut pada tali.

Gambar kumpulan aku entah ada kat kampung. Tak sempat nak scan.

Anonymous said...

Tapi ada sekali tu, ada yang disuruh kena buat2 pengsan oleh fasi, tapi lupa ... so, sia-sia saja dia berjalan sama group. Kalau x, mesti pulang dijulang ...

Malangnya aku tak ingat brother tu ... Ada sesapa yg ingat?

Suri: Saa baru teringat ... kumpulan kita nama al-Ikhwan .. oh.. sungguh innocent dan murni nama itu ... wakakakakaka

Rozaimi Bin Mohd Said said...

musyai, jangan risau...kumpulan yang ko sebut tu is kumpulan aku and ketua kumpulan yang kau sebut tu ialah aku...masalah aku ialah aku tak boleh serius...aku ingat lagi lepas aje dapat arahan jurulatih untuk pura2 pengsan, aku terus panggil si mak datin suruh dia berlakon sebab ku pikirkan dia yang paling kecik dalam group aku, dia tak nak then aku tanya nisa'...nisa' pun tak nak, so sudahnya tak de sapa yang pengsan...itu sebab aku kena humban dalam tasik tu

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Fisha, antara aku dan si bagak tu, tak de kena mengena, tak de hubungan sedara (melainkan sedara seislam aje) dan tak pernah rasanya ada hubungan kengkawa...ku bengang sebab dia tu berlagak ya ampun...mentang2 lah start english level 4, dia hingat dia pandai sangat...aku rasa bukan kita berdua aje yang bengang ngan dia ramai lagi makhluk Allah kat uia-kusza tu yang bengang dengan bagero sorang tu

Anonymous said...

Sebab kepet bengang, aku pon nak tumpang bengang gak lah...
huhu

Anonymous said...

Kepet:
Oh .. pasal tu ke? Aku x kenal sgt dia .. tp, dr citer si Nora tu, dia pun mmg selalu bengang + kesal dgn mamat sekor tu ... Suka eksyen esp depan bdk2 law KUSZA. Lagi2 bila bdk2 law (pompuan) tu adore dia ... nyampes!

Manusia ni, kalau dia lebih dr org lain, selalunya cenggitu la ...

Tak pe, dia x penting pun dalam memori kita..

BUhairi:
BOleh plak bengang ikut-ikutan? Ish ish ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

kita senasib fisha...aku pun kantoi ccu...rasa macam dunia gelap sekejap...nasib baik ccu tak kira dalam CGPA, kalau tak, aku rasa first sem aku dah kena balik kampung...lebih menyayat hati bila aku nak pi kelas ccu (repeat) aku kena lalu kelas level 3...pergh!!!

Anonymous said...

Kepet :
Ok pe...ko start with CCU. Aku lak start ngan CCL.
Belajar lak ngan Mr Ghazali. Ngantuk skit le... Pastuh dia suh aku masuk debate lak lawan bebudak CCU. Bahasa Inggeris lak tuh. Bayangkan..aku cakap BM standard pon tak lepas..aduh!

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku belajar entah dengan sapa ntah...org hindraf lecturer aku tu...cakap pasal speakang english and debate ni, masa aku ngulang ccu dulu, entah sapa nama lecturer pompuan yang melayu yang putih lagi cun tu, dia buat debate dalam kelas aku...team aku was aku, am and longkai...what a combination!!! first match, kitorang berhujah aje tanpa mematahkan hujah opponent (sebab tak tau cakap Inggeris, masa hujah tu takat baca dari teks aje)...second match kitorang tarik diri...masa first year degree, aku kena present dalam tutorial ngan Dr. Muhaimin, mula2 cakap omputih, lepas tu bantai cakap melayu sampai ke sudah, bila aku dah abis presentation, dia kata, "Ok, now please present in English"...pergh!!!

Anonymous said...

Lecturer hindraf tuh bukan ke yang ngaja si wan ezrul tuh. Wan ezrul used to say, dianye english lagi ok berbanding lecturer tuh...

Aku ingat yang ngaja BI ni Ghazali..hamidun (if i not mistaken)

Yang bahasa Arab lak..sapa ek? ustaz sudan...aduh satu pon aku tak ingat nama...

Hampeh je aku ni...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

yang ajar ccl tu sumer melayu...yg ngajor ccu masa kita mula2 sampai kusza dulu hindraf lecturernya...salah sorang nama dia anthony

Pijat-Pijat said...

Kepet:
Ye, seksa kena ngulang CCU ni ... dah la yg ngajar tu bercerita saja ... Masa 1st time ambik CCU, kami belajar dgn Mr. Lincoln ... asik bercerita ... cam datuk2 gitu ... tengah semester dapat lecturer pompuan cantik .. nama dia FADILAH la kepet .. aku ingat, before final, dia ada buat mkn2 kat rumah dia ... dkt batu buruk ... aku salahkan Mr Lincoln sb kena ripit english!!! Hahahaha ... tp kira ok la ... byk gak la vocab aku belajar dgn depa ...

Lecturer hindraf? Ko kepet ... tidak menghurmati guru! Padan la ko kena ripit.

Buyie:
Lecturer tu namanya Mr Azzam Nair - lctr KUSZA. Tp, si Nora citer, lecturer tu ok je ... baik je ...

Lecturer ENglish korang tu namanya Mr Ghazali Mansor and Mr Hamdin .. cikgu2 lain ... Mr. Daniel.

Buyie, ko ambik arab dgn ust Halim - ko tak ingat ke ko kena pg mintak maaf dgn ustaz bg pihak arwah k.aida sebab gelak dalam kelas korang?

Hisy ... aku juga nak kena ingat semuanya!

Pijat-Pijat said...

Anthony? Ade ke?

Tp, sume pun koling aje ..

Anonymous said...

Hahahah Fisha...

Kuat tol ingatan ko...

Yang aku gi mintak maaf bagi pihak tuh bukan sebab arwah Aida gelak..tapi si Hazlini.

Selamba je ustaz Halim sudan tuh cakap...Hazlini..Ukhrujiiiii !

hehe

Pijat-Pijat said...

Meh sini aku bgtau lecturer2 aku dan korang yg pernah ada di UIA-KUSZA tuh ...

Dr. Akram
Dr. Torla

English:
Mr Ghazali
Mr. Lincoln
Mr. Razak (dah arwah masa kita kat KUSZA lg rasanya)
Mr. Hamdin
Mr. Enoch Danial
Pn. Fadilah

Mr. Anthony? I've no recollection of memory about him.

Arab:
Level 1 - Ustaz Nasir
Level 2 - Masa kita mula masuk UIA-KUSZA takde level 2
Level 3 - Ustaz Solah, Ust Wan Sulaiman
Level 4 - Ustaz Halim
Level 4 - Ustaz Halim
Level 6 - Ustaz Salah - Ustaz Nasir + Ustaz Wan

FKM -- Dr Azmi Omar .. huhu
Lepas kes tu, diganti dgn org Afghan tu ... apo lak namo eh ..

Nanti aku sambung lagi ...

Anonymous said...

Us Nasir nih aku tak ingat le...Sudan gak ek Fisha ?

Pijat-Pijat said...

Ye le .. Sudan. Kita mana pernah dpt ustaz lain drpd sudan kat kusza tu ...

Anonymous said...

Fisha : Fisha ni besssttt arrr...best sgt... mmmuuuahhh kat mu Fisha.

Alin ingat Mr Ghazali tu..dok kat seremban..taman guru..sbb alin ingat kat dia.....dia mcm muka arwah ayah alin

Ust Nasir tu pun alin ingat sbb kat kelas dia selalu sebut... Allahumma Zukni Sabran Jamilan...bila kita2org yg tak pandai arab ni asik buat salah. ms dia ckp ayat tu, dia mesti sandar kat kerusi pastu raup muka dia ngan tapak tgn dia...hehhehehehehe

Pijat-Pijat said...

Alin:
Hahahaha .. den memang best! Tahu lama dah ... huhu

Den pun nak cakap gak la ...
Allahumma zukni sabran jamilan 'indama uktub hazihi blog! Hahahaha ....

Kalau ustaz baca .. mesti dia kata ...
"Aiwah .. anti mumtazah!!"

"La ... la .. ma ana mumtazah ... ana fisha ..."

Hmmmm ... mmm ...