Terasa nak buat entri ni bila Caypet buat remark di sini.
Of all things yang saya buat di UIA-KUSZA tu, this is what he remember most! Amaze saya.
Cerita dia begini.
Masa tu, Alin dan Sue dilanda gila menulis dan kegilaan itu menjadi sangat tidak keruan apabila mereka bertemu dengan seorang penulis - Sutung Umar RS (saya tak ingat cerita pertemuan mereka itu).
Maka, dengan keterujaan yang amat sangat, mereka pun proposed kepada Dr. Akram (or was it Dr. Torla? Whatever la, kan?) untuk buat satu bengkel penulisan dan menjemput En. Sutung Umar ni.
Committeenya? Siapa lagi kalau bukan kami-kami yang rapat ni. Semua tak terkecuali.
<-- Oh .. those were the good ol days ... so pure, so innocent! Heh!
Hari bengkel.
Masa tiba tea-time, antara hidangannya adalah kuih donat macam kat atas tu lah. Didatangkan oleh caterer dalam bentuk tidak bersalut gula. Donatnya pula diletak dalam plastik bertangkai yang biasa tu (alah yang budak Pantai Timur panggil 'supit gelenyar' tu ..). Gulanya pula dalam plastik lain.
Yang menerima kuih itu adalah Thal. Termenung dia macam mana nak buat dengan donat yang tidak bersalut gula ni. Kemudian datanglah orang lain ke tempat makan tu, termasuklah si Caypet tu (saya rasa saya ada di situ dari mula lagi). Semua pun tumpang fikir macam mana nak buat dengan donut tu.
Ada yang cadang agar sesiapa nak makan, ambik donat dan celupkan dalam gula tu sendiri. Sungguh tak praktikal!
Kemudian, plo*p, mentol di dalam kepala saya menyala.
Masukkan saja gula tu di dalam plastik berisi donat, dan goncangkan saja palstik donat tu.
Ramai macam "erk" dengan idea itu.
Namun, saya buat juga dan voila! sugar-coated doughnut is ready.
Semua makan dengan senang hati dan Caypet ngeri sampai ke hari ini.
Hmmm .. mungkin tindakan itu termasuk dalam kategori keganasan melampau pada dia atau dia tak tahu saya tidak selemah lembut yang disangka? hahahahaha ...
Donat: Selepas di'make up'
Gambar ambil tanpa izin dari sini
5 comments:
aku ingatkan kau tak ingat pasal insiden donat tu...hahaha...in fact bukan sorang aje yang "ngeri" tapi termasuk jugaklah si Bujack tu...pasal bengkel tu, aku ingat lagi, untuk meramaikan korum, semua ajk kena jadi peserta...tak pernah terlintas dibenak pikiran aku yang aku akan join aktiviti2 macam ni tapi dah si Alin yang jadi ketuanya...hmmmm...nak buat macam manakan??? hehehe
Tak de la ingat sangat .. but, since ko dah mentioned, aku ter'flash back' la plak ...
Alah, Jack tu aku rasa banyak benda dia ngeri ... dan aku boleh rasa betapa ngerinya dia kat aku, kalau berselisih, macam nak tegur, tapi x tegur ... apa lah ...
laaa... nape alin tak tahu insiden ni?
Alin:
Alah, masa tu ko pengarah ... cite ni berlaku pada orang2 yang diarah .. tu sebab ko tak tahu ...
huhuhuhuhu
Post a Comment