Wednesday, February 18, 2009

Apa pendapatmu?

Seseorang telah menawarkan free service kepada saya untuk saya re-design blog ini.

Cadangan yang menarik untuk saya pertimbangkan.

Namun, saya ada sedikit halangan ... kerana, blog ini, walaupun telah menjadi 'tempat tak rasmi' bagi rakan-rakan UIA-KUSZA, ia masih bersifat personal kepada saya.

Bila saya mengizinkan ia di re-design, ia mungkin akan menerbitkan perasaan lain kepada blog ini. Perasaan saya dan perasaan kamu.

Dan, mungkin juga, saya boleh mencadangkan agar penawar free service re-design blog itu agar membangunkan sebuah web khusus untuk UIA-KUSZA.

Saya dilema. Kamu fikir, bagaimana?


Latest news @ Feb. 19th, 2009 : 6.03pm:
After so much consideration, I've decided to maintain the design of this blog as it is. So, please feel free to navigate as you wish.

Thank you for your around-the-clock patron over this blog. I appreciate it.

Have a nice day.

Thursday, February 12, 2009

Satu rayuan.

Ha, apa yang kamu fikirkan?

Sekadar menyampaikan hasrat YDPA Kepet ... beliau, dengan penuh karisma seorang YDPA ingin mengorak langkah yang lebih besar ... sebesar apa yang Neil Armstrong lafazkan ... That's one small step for (a) man, one giant leap for mankind.

Apa yang ingin beliau lakukan?

Setelah kejayaan besar menganjurkan reunion dinner yang pertama tempohari, beliau kini sedang mengumpulkan data-data terkini bekas pelopor penduduk dunia UIA-KUSZA yang kini hanya tinggal nama itu.

Maka, tolonglah dia untuk menolong kita-kita ini juga.

Apa yang perlu kamu lakukan?

Ia tiada kena mengena dengan duit.
Ia juga tidak memerlukan kamu melompat parti.
Ia juga tidak berkehendakkan kamu kena menjalani latihan di Baikonur, Kazakhstan itu.

Lalu, apa dia?

Hanya email kan kepada dia di sini dan di sini, perkara-perkara berikut:

Alamat tetap.
Alamat surat-menyurat.
Segala bentuk nombor telefon yang kamu ada.
Segala bentuk email address yang kamu punya.
Segala blog yang kamu tulis.

dan ...

Pekerjaan kamu (untuk trace berapa pendapatan kamu ... ngehehehe).

Bantulah dia untuk mengwujudkan satu pengkalan data yang lengkap yang boleh mengalahkan database segala CIA, FBI, M16, KGB dan yang sewaktu dengannya.

Lakukanlah ... saya merayu .... please, please, pleaaase ...

Salam,
Memanda yang menjalankan tugas.

Sunday, February 8, 2009

Tidakkah kamu tertarik untuk kembali kepadanya setelah kamu melihat keanggunan wajahnya yang baru?

Bajet cool, itu sebab saya tulis tajuk sedepa itu. Jangan marah haaaa ...

OK, berdasarkan feedback yang baik daripada reunion dinner itu, dan cadangan yang penuh keterujaan daripada beberapa members untuk mengadakan next reunion di KUSZA, saya mahu membawa kamu menyusuri jalan kenangan. Semoga, setelah kamu melihat perkara-perkara ini, ia akan membuatkan kamu akan terasa sesuatu dan mengubah segala kebencian kamu kepada sesuatu yang sangat bersifat sentimental.

Gambar-gambar ini adalah hasil kerja cemerlang Ustaz Shafiee, PhD candidate from UDM, KUSZA Campus. Kudos to you, bro.


Ini gambar Masjid KUSZA yang saya ambil sendiri. Dia berupa begitu setelah diedit beberapa kali. Maaf kalau kamu gagal melihatnya dengan jelas. Saya rasa, kalau mahu mengenal KUSZA, kamu harus mesti mengenali masjid ini. Masjid ini akan menjadi landmark sekiranya kamu terlupakan kampus KUSZA itu ... Dahulu, setiap kali nampak kubah bawang itu kalau setiap kali balik dari kampung, saya merasa seperti mahu terjun daripada bas kerana merasakan itulah petanda saya akan masuk ke 'kandang' yang bakal membelenggu hidup saya selama saya di situ. Sungguh tidak indah perasaan itu.

Namun, sekarang, apabila melewatinya, saya boleh berkata dengan bangganya, saya pernah berada di situ lama dulu sebelum kamu-kamu (bukan kamu budak-budak UIA-KUSZA) semua ada. Pernah bersembahyang di situ, dan pernah singgah untuk melepas lelah di situ. Been there, done that. Wohoooo ... Sekarang kawasan masjid itu lebih menjadi sebuah kompleks dengan kedai serbaneka dan pusat aktiviti.



Ini pun gambar dari lensa kamera saya. Dulu pun, setiap kali terpaksa melalui pagar itu untuk masuk ke dalam kampus, saya merasa sangat terseksa. Tapi, setiap kali keluar, terasa sangat merdeka. Berhadapan dengan pak guard yang tidak berhati perut - tidak membenarkan teksi masuk ke asrama pada pukul 5 pagi [tapi ini pengalaman orang lah] - dan seribu satu perkara-perkara yang tidak sepatutnya seorang guard buat, saya membenci kawasan ini! Tapi, kebencian itu telah lama padam saat kita semua diberitakan akan berpindah ke main camp. Oh, saya sudah terlupa bagaimana berita itu disampaikan, tetapi, yang pasti, Mei '99 adalah bulan yang sangat mengujakan kerana bulan itulah kita menerima khabar gembira itu!

Kamu nampak tak - Kampus KUSZA? Dahulu perkataan KUSZA sangat megah berada di atas .. namun, yang tinggal kini ...?






Keterangan gambar dari Ustaz Shafiee - bandingan antara dua hostel - pattern lama dan baru. Saya dulu merasa banyak pattern asrama di KUSZA - bermula daripada blok panjang seperti concerntration camp, ke bilik 4 orang sebilik, kemudian bilik berdua yang sangat luas, hinggalah ke blok US yang sempit macam reban ayam. Pada saya, bilik hostel tetap bilik hostel .. tidak melambangkan apa-apa, cuma sekadar tempat merehatkan diri, walaupun saya pernah terlibat dengan gerakan tidak mahu berpindah ke US dari kompleks Asmak [siap pergi bergaduh dengan pegawai kat pentadbiran itu - benci!].

Dan, memang cantik hostel mereka sekarang .. tapi, cantik lagi UIA kita .. huhu..


Saya sebenarnya sudah terlupa blok kuliah yang mana kelas kita diadakan. Yang saya ingat, saya belajar kelas Arab dan English di bilik ber'air-cond' sebelum di tukar ke blok bilik biasa kerana budak KUSZA komplen apa istimewa budak UIA dapat bilik macam tu.

Kemudian, saya ingat saya belajar banyak kelas di blok yang sama dengan lab komputer KUSZA tu, blok yang dekat dengan kompleks Nusaybah dan blog yang menghadap ke asrama brothers. Tak tahulah, blok apa ...

Tapi bila tengok gambar ni, rasa macam pernah berada di situ. Deja vu lah pulak ... yang pasti, di mana pun kuliah berlangsung, saya sentiasa akan terbuai dengan angin laut China Selatan yang berpuput mesra itu ... namun, masih bercover .. tidak seperti Ipin dan Fuzah yang sering disapa Ustaz Wan Sulaiman, "amboiii .. awaiiii lena ..." hahahaha ...

Cuma sekali saja dipanggil oleh Bro. Yusof Salem yang mengajar Methods of Dakwah dan Intro to Law. Pertanyaan yang lembut, tapi menusuk kalbuku ...
"Sister, what happen to you? Don't you like my lecture? I notice you yawn several times and even fall asleep during the class. Is there anything I need to change so that you won't fall asleep again?"

Arghhhhhh ... malu! Malu! Mujur saya score semua paper dia! Sekarang brother Yusof sudah menjadi Dr. Yusof Saleem @ AIKOL. Ishhhhh ...!!



Saya tak berapa pasti dengan gambar yang pertama itu. Maka, tiada komen.

Gambar kedua itu mengingatkan saya kepada perayaan Thaipussam apabila melihat dekonya. Apahal gerbang macam tu? Saya tak ingat ada dewan makan Ummu Salamah, kerana rasanya, sesiapa yang tinggal di blok US tu, makannya di dewan makan Nusaybah. Dan, kalau cuti semester, makan di kompleks Atiyah. Paling tak best kena menapak makan di kompleks Abu Dzar. Bosan!

Gambar ketiga - silapnya saya tiada gambar dengan bas Jepun KUSZA tu. Sekarang semua pun dah pakai bas mata belalang ni. Tapi, bas Jepun itu memang selalu dekat di hati. Dinner pertama kita di Sutera Beach Resort, beramai-ramai kita naik bas tu bila tiba-tiba tercium bau wangi bunga melur dalam bas. X-Files betul. Tapi semua pakat diam saja. Dengan bas Jepun itulah juga kita ke program ke Bukit Bayas, Kg. Pulau Berangan, Sekayu, Lata Tembakah .. dan ke Balok. Banyak jasanya kepada kita. Hail bas Jepun!!


Ini adalah blok pentadbiran. Seingat saya, saya jarang ke sini kecuali di akhir-akhir semester kita di situ (apabila kita semua dah tak makan di dewan makan lagi), kerana di situ terdapat sebuah kafe. Berebut dengan staf KUSZA.

Paling tak suka dengan kakak cashier yang keterlaluan mengira harga makanan, serta kedekut. Mungkin juga saya tak puji-puji dia [bangan*g + dasar makan puji], makanan saya mahal [ini berdasarkan observation tau ... kawan-kawan yang ampu-ampu dia, harga kurang sedikit. Saya? Tak kuasa nak ampu-ampu].

Kek coklat kafe itu yang terbaik!

Dan, ada epik cinta berputik di sini juga.

Bila cinta didusta, hati mula gelisah, hilang kekasih hati, hidup jadi merana, insan yang diidam, kini dimilik orang, cinta yang diimpikan, putus di tengah jalan ...
…hahaha .. tu bait lagu, jangan kamu tak tahu!

Apa lagi yang ada di bangunan pentadbiran tu? Oh ya, saya ingat, kalau nak pos surat, di situ ada kaunter setem - dan saya pernah buat kerja bodoh - pos surat tanpa setem - tapi tak boleh nak ambil balik sebab dah masuk dalam post box. Tak kuasa nak buat macam Mr.Bean, surat itu entah ke mana perginya! Haih!



Ini bangunan pertama yang kita pergi sesampainya kita di situ.

Kamu pasti ingat lagi kan betapa horror nya kita apabila diberitahu kita mungkin akan menerima skroll kita di dewan ini?
Kita kemudian mengamuk habis, dan menjadi rebel (with cause), dan alhamdulillah, dewan ini hanya menjadi setakat dewan kuliah kita (dasat, student tak sampai 100, tapi guna dewan besar untuk kuliah FKM, kelas Timbalan Pengarah lah, katakan!), dan tempat kita mengadakan dinner.
Dan, saya rasa saya dah masuk ke setiap ruang di dewan itu. Bangga!! Hinsss .. hinss ...


Hmmm ... masih mahu menyimpan lara dan dendam?
Kesemua ini tidak mampu bercakap, namun mereka menyimpan sebahagian besar kenangan-kenangan masa lalu kita. Mereka juga menyaksikan suka duka kita di situ. Kita tak tahu siapa yang akan ditinggal atau meninggal dahulu - kita atau mereka. Suka atau tidak, mereka telah lama bersama kita untuk sekian saat dan ketika ...

Ohhh ...

Friday, February 6, 2009

Allah selamatkan kamu ...

Siri mari meraikan birthday kengkawan. Dan, untuk pengetahuan semua, siri ini tidak akan diulang semula di masa hadapan kerana ia akan menjadi sesuatu yang sangat cliche. Menjadi cliche bukanlah sesuatu yang cool, kan?

Maka, sepanjang Februari ini, kita patut nyanyikan mereka ini lagu ini ...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu semua
Allah selamatkan kamu ....


Dan, colan-colannya ialah .... trammm dumm dumm ...


Yang sudah lepas ...
Kasyaf (1/2 - 33 yo) dan Kak Ida (4/2 - 33 yo)



Yang menyambutnya hari ini! 6/2/09

Nonie (32 yo), Pudin (33 yo) dan Ellis (32 yo)



Yang hampir-hampir ...

Rizal (9/2 – 32 yo), Fiza Belawee (12/2 - 32 yo) dan Aida Mazera (17/2 - 34 yo)


Nota:
Hanya gambar Rizal yang saya ada. Gambar 2 orang lagi tu saya akan upload kemudian.



Yang di hujung-hujung ...

Azma (21/2 - 32 yo), Buhairi (24/2 - 33 yo) dan Kepet (26/2 - 33 yo)




Nota:
Psstt ... Buhairi, gambar itu saya dapatkan di laman JAKIM. Sungguh 'belia' gambar itu. Kalau kamu mahu ganti, sila emelkan gambar ala2 model kamu kepada saya ...



Even though we dont have specific reason to keep in touch, your birthday is the perfect time to remember what a best friend you are to me.

Happy birthday, y'all!

Wednesday, February 4, 2009

Corat-coret Reunion - Atas permintaan ramai ...

Satu pertanyaan: Mana cerita Alin dan Ayue?

Emm, rupanya saya terlupakan mereka - ini kerana kisah mereka sudah saya 'abadikan' di blog lain. Mereka special di hati saya (woot* woot*) ... Tapi tak mengapa ... saya ceritakan juga di sini ...


Kalau kamu sudah lupa siapa Rohayue Rahmat AKA Ayue itu, tataplah wajahnya di sebelah. Saya pasti kamu tak lupa tahi lalat di dagunya itu, kan?

Budak LAW dari Rembau. Yang membuatkan orang paling ingat mengenai Ayue, adalah sebab dia boleh bercakap cina. Dah dia sekolah cina, mestilah dia tahu cakap cina. Tu pun nak heran ke? Apa la..

Dia ini selamba dan kadang-kadang blur. Tapi, saya rasa dia orang yang selalu beruntung. Kenapa? Tungguuuu .. saya akan ceritakan di siri Friend and Foe.

Ayue sudah berkahwin dengan seseorang dari Kedah. Dan, Ayue sekarang bekerja sebagai disimbursement manager di sebuah bank - HSB*C* ... Dinner itu memang seronok, tapi berembun selepas dinner dengan Ayue lagi seronok. Banyak yang kami umpatkan pasal kamu semua ... oh, sungguh syiokk!

Saya sentiasa mendoakan agar Ayue sentiasa bahagia di samping sayangnya, Jit, yang sungguh cool, sporting dan crazyyy itu! I love you too, Jit! opps ...!! peace!


Ini Roslinda AKA dak Linda dari Melake. Budak LAW. Sekolah dengan YDPA Kepet tu. Hampir-hampir kami jodohkan dia dengan Kepet dulu ... hahaha.

Sebabkan dak Linda ni, saya sanggup memandu all the way dari Terengganu, ikut KL, sampai ke Melaka (sebenarnya haku tak tau jalan ikut Muazzam tu .. huhu) ... dan menghantarnya semula ke Melaka hanya untuk perihal reunion tu ... See, how special she is to me ... (pstt... sebenarnya saya mencari navigator sebab saya tak lulus sangat nak cari jalan di KL tu)

Ada banyak benda yang saya mahu katakan mengenai dak Linda ni, tapi saya KIV kan juga untuk siri Friend and Foe tu ... di sana nanti akan ada cerita eksklusif yang tidak pernah kamu baca di mana-mana pun yang patut kamu tahu mengenai dak Linda ni ...

Dak Linda adalah seorang peguam (mak mentua mesti bangga dapat menantu loyer ni) ... di mana? Di Melake le hawauuu ... heeee.

Semoga sedikit paparan ini akan menjawab segala persoalan yang timbul hasil daripada curiosity kamu itu.

Dan, untuk Mak Siti - kenapa Lina dan Norin tak datang walaupun dulu kami seperti belangkas berkepit ke sana kemari -- well Mak Siti ... time and people change ... ada komitmen yang perlu diselesaikan. After all, that's life ... berubah status, berubah cara hidup ... apa pun, life must goes on ... [ayat poyo tak ingat ... hahaha] ... Lina tak datang sebab hubby dia ada dinner juga. Norin? Hmmm ... susah nak cakap ... dia jauh sangat .. Penang nu ... if you want her number ... dial 014-244-tekan, tekan, tak dapat, dapat ... (apo kes lawak camni?) ... seriously, email me ...

OKlah, saya harap beban sejuta umat yang saya tanggung menjadi blogger tegar untuk reunion ini sudah terlunas. Kalau kamu rasa tak puas, hanya ini yang saya boleh katakan:

"Sapa suruh tak mai ...?"

Wassalam.

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap ulas ...

Corat-coret Reunion - My girls ...

Ini adalah entri terakhir untuk siri reunion dinner - entry that specially dedicated for all the girls of first batch UIA-KUSZA.




Dilahirkan sebagai perempuan memang istimewa. Dan, bersahabat dengan orang perempuan ini banyak warna-warnanya ... Maka, segala yang telah, sedang dan akan berlaku di antara kita-kita ini terlalu istimewa sifatnya.

Apa kau mengarut ni setannn? Falsampah. Falsampah.

OK, back to the original purpose. Nak cerita lah ni ...



Ingat siapa ni?

Ni budak IRK dari Johol, Negeri Sembilan. Nama dia Khalilatul Azma Khalil. Masa kat KUSZA, sudah jatuh cinta sama mamat Kelantan ni dan mujur juga epik cinta mereka berakhir dengan perkahwinan.

Ma sekarang is a proud mom of 4 dan bekerja sebagai seorang guru (specialization nya lupa nak tanya) dekat Sikamat (if I heard it correctly).

Ma masih cantik dan makin cantik. Bangga betul Alin dengan Ma ... sebab katanya Ma maintain je ... kena pi menuntut nih.


Ni pun ex-IRK, orang Negeri Sembilan. Comel dan cute saja. Thalasiah namo eh. Kito-kito ni panggil dia ikut suka - Ahad, nama dia Thal, Rabu jadi Thala, Jumaat, Thulas, lain-lain hari, kita panggil dia "hoi" ... hahaha ...

Thala sekarang pun seorang guru di kampungnya. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun. She's now expecting second child, jangka due bulan 4 ni rasanya. Semoga semuanya selamat dan sejahtera.



Ini budak IRK juga. Siti Nur Ashikin. Cerita dia pun dah banyak dah saya cerita di blog ni. Sampai dah termasyhurlah nama dia di kalangan brothers yang tak pernah bercakap dengan dia.

Cikgu di SK Kem Trendak, Ikin memandu seorang diri dari Shah Alam (impliedly, berani la tu, knowing her) pada hari reunion tu dan yang pertama tiba di Rebung. Masih seperti dulu, kurus dan slim saja. Apa rahsia? Duta Sendayu Melata ka?



Ni budak IRK gak ... Jawa Johor - Sarimah. Kalau ada yang lupa, dia dulu ni selalu berkepit dengan Zetty. Trademark - tudung ber'owning'. Dasat wo ... Klik inset picture to refresh your memory. ngehehe ..

Imah sekarang cikgu TESL kat JB. Walaupun pengkhususan TESL, semua bahasa dia kautim. Dasat. World habis. Anak sudah dua, tapi appearence, maintain ... Alin kagum juga dengan dia ni ...



Ignore kan budak tudung kelabu tu. Tumpukan perhatian kamu kepada 2 orang budak di sebelah tu. Budak LAW, roomate, dan ex-housemate saya - Nor Azamimah dan Sharina.

Nor pun cikgu TESL macam Imah tu. Dasat ahh budak-budak UIA ni, kan? All rounders. Anaknya pun dah dua, tapi Nor pun cekeding kerempeng jugak. Menambahkan kekaguman Alin. Bestnya dia ni dapat mengajar di kampung halaman sendiri. Senang hati Pak Rasid, ye Nor?

Yang di tengah-tengah tu Sharina - budak Law dari Melaka. Tak tahulah status kerja dia, sebab berahsia nak mampus. Kalahkan selebriti. Last time saya tau, dia kerja dengan SUHAKAM. Sekarang tak tau la. Kalau interested pasal kerja dia yang rahsia tu, tanya ex-boyfriend dia, Musyai, budak Tikam Batu tu ... maklumlah, ex-girlfriend, mesti lagi tau, kan? Sharina pun dah ada dua anak - Chika dan Iddin. Sapa suami dia, tanya ex-boyfriend dia. Semua dia tahu.


Yang ini, belajar LAW bagai nak rak, last-last buka bakery. Untung riban-riban. So, goodbye law, I guess.

Tokey anis bakery yang menaja bahulu dan cupcakes yang sedap tu nampak macam letih saja. Mana tak, tak menang tangan, bisnes kencang gila.

Sesiapa yang berhajat nak buat wedding cake ala-ala Mawi-Ekin ke, hello je ke Khairulnisa Ahmad ni. Nombor telefonnya saya tak bagi, tapi klik di link yang saya dah letak tu. Jangan jadi malas. Kalau malas, macam mana kamu nak kaya macam dia? Anak 4 orang - anak dara semua.


Last but not least - Shariza Ashari. Menantu ex-IGP, saya tak pasti anak dia dah berapa. Yang saya dukung sampai senget-senget bahu tu, berumur 3 tahun (rasanya).

Eija dah ada law firm sendiri sekarang, di samping menjadi tokey kambing boer dan ayam organik. Silapnya, dinner tu kat Rebung. Kot dinner tu kat Eagle Ranch, mau kena high-blood pressure kita pekena grilled-boer agaknya ... ehehehe ...

Lepas dinner, Eija kena measles. Arghhh ... menyesal pulak bercium laga pipi dengan dia. Tapi, setakat cerita ini ditulis, saya masih tiada tanda measles. Alhamdulillah!

Itulah corat-coret reunion. Dah cover semua yang datang rasanya ... Kalau ada yang terlepas pandang, maaflah (Bini Che Mat dan bini Kamil saya tak cerita, sebab bukan batch kita. Ya, asabiyah saya memang tinggi!).

Macam saya kata di awal tadi, persahabatan seorang perempuan dengan perempuan yang lain sentiasa berwarna-warni dan istimewa sifatnya. Walau terdetik rasa yang tidak senang, masih boleh berlaga pipi. Cover baik punya. Orang lelaki mana faham semua ini.

Kita-kita saja yang faham, kan girls?



Imagine you and me ... I do
I think about you day and night ... it always right
To think about the girl you love and hold her tight
So HAPPY TOGETHER ....

Sunday, February 1, 2009

Corat-coret Reunion: Boys always be boys ...

OK, ini sequel cerita reunion itu. Kali ini saya asingkan cerita budak lelaki dan budak perempuan. Sequel kali ni specially for all the boys. Err, you can read the title, don't you?

Ini sebahagian budak lelaki yang hadir ke reunion tersebut. Oleh kerana gambar ini diambil setelah ramai yang pulang, maka hanya inilah yang tertinggal. Yang perempuan seorang di tepi sekali tu terpaksa masuk ke dalam gambar kerana suaminya mengalami obsessive compulsive attention over his wife disorder .. hahaha.

Mari saya refreshkan memory kamu ya .. saya memang suka buat begini walaupun saya dah lakukan pada entri yang lalu ... guess old habit dies hard.

Back (L-R):
Suhaimi (Amy ... ahahaha), Hasnizal (Longkai), Mohd Shahir dan Mohd Rizal (Ijai).

Front (L-R):
Sharina, Chef Ismail, Mohd Syahril (Suler) dan Rozaimi (Kepet)


Dan, ini ada anekdot mengeni mereka semua ... tersalah kata, tertambah info, termengata -- semua itu memang disengajakan ... no apologies offer. Hahahaha ... Tunggu hari raya saja, ya?


Ha, nampak keceriaan di wajah mereka? Senyuman mereka memang tidak berubah ... walaupun the degree of their mischievious grins tu kurang ...

Dari kiri - Ijai, Suler, Kamil, Lan (terlindung sikit), dan Che Mat ... hoyeh.

Suler dan Ijai memang datang melenggang tanpa anak bini. Bujang 3, kata diaorang. Keji betul. Saya tak banyak cerita dengan Suler ni sebab saya tak berapa 'klik' dengan dia. Dia kan ex-scorpion, and I never like those scorpions then. Sekarang ni tak de le tak suka ... Bila saya nak balik, dia kata dia mintak maaf. Saya OK je, tapi tertanya juga, maaf untuk apa? Hmmm ...

Ijai pulak seperti biasa - besar, teguh dan peramah ... hahaha ... cam iklan insuran pulak motonya. Never change. Ada cerita lama yang terbit di antara sisters bila kami nampak Ijai - tapi tak boleh nak share di sini. Kira ala-ala cerita makan hati dan segala organ dalaman la juga ... Ibarat nyanyian Puan Seri Saloma ..

Asal kapas jadi benang, dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang, sudah jadi orang baru ... mengapa dirindu ... huhu ...

Nota:
Lain kali kalau ada kuch-kuch, jangan pendam sendiri, kan dah melepas ... tapi tu lah, menjadi remaja terkadang pertimbangan kerap tidak rasional. Maka, apa yang berlaku tu, jadikanlah pedoman ... nasihatkan anak-anak kamu begitu - pesanan ala-ala lindungan Ka'abah, ok.

Kamil datang dengan isteri - Arisha Khana ... sound familiar? Memang le ... Kamil sekarang adalah adik ipar Affrosh Khana (Loh) yang muka ala-ala Sofea Jane tu. Anak mereka dah dua - lelaki - Syamil dan .... lupa pula nama si kenit yang lasak tu. Kami bergossip mengatakan Kamil makin hensem dengan senyumannya. Malah, ada yang rasa menyesal sebab tak cuba mengurat Kamil di awal kemunculannya dahulu .. ahahaha ... Oh ya, masa mula-mula sampai kat UIA-KUSZA dulu, Kamil menjadi bualan kerana muka dia kan ala-ala Yanz 4U2C tu ... Tapi memang makan hati la antara kami yang tengok Kamil malam tu. The damage has been done ... huhu.

Ralit melihat Kamil dan senyumannya, tak tertanya pula apa kerja Kamil. Tapi, kalau ikut info dari Suri, Kamil adalah seorang PTD, attach dengan kementerian mana, tak tahu le. Memang sesuai jadi PTD ... senyumnya manis. Ohhhh ...!

Che Mat juga datang dengan isteri tersayang. Ingatkan Che Su (huhu) ... tapi orang lain. Che Mat ... peace!! Hehehe.

Tanya punya tanya, rupanya isteri Che Mat budak ECONS UIA dan kawan sekolah Azma Ja'a tu ... what a small world. Kawan sekolah rendah Che Mat ... bertemu kemudian dan terus kahwin. Nak kata childhood sweetheart pun, OK kot ... kamu tanyalah CHe Mat tu sendiri ... Che Mat dah ada seorang anak perempuan - sangat comel. Muka ala-ala kacukan gitu (jangan jadi poyo dengan mengatakan dia kacukan Che Mat dan isterinya. Tak sesuwai, okay...). Gembira dia bermain dengan anak lelaki Kamil. Boleh berbesan tu ... plan betul-betul.

Che Mat sekarang adalah seorang guru di Melaka. Riuh dia berpesan kepada kami sekiranya sampai ke Melaka, call lah dia. Pesanan yang lurus tanpa ada niat apa-apa, tapi mempunyai natijah yang sedikit destructive. Nak call laki orang? Hahaha ... opsss!

Lagi riuh bila Che Mat dapat tahu Ikin juga mengajar di Melaka, dan Alin pernah nampak orang seperti Che Mat di Tesco Melaka -- Che Mat confirmkan, itu memang dia, kerana dia selalu membeli belah di sana (Che Mat, stop shopping there. Tesco is one of the Jewish supporters!). Oh Che Mat yang kami kenali ... tidak banyak berubah. Tulus dan ikhlas dan lurus saja. We love you Che Mat ... :p


Itu kelihatannya Kepet sedang 'memesrai' Fathi Aziz AKA Wayne. Perkara pertama yang kami notice pasal Wayne adalah keadaan matanya yang makin mengecil kerana cheek bone dia makin tinggi. Pakai shading apa ya? Hahaha ...

Saya tak tertegur si Wayne tu. Tak tahu kenapa. Mungkin, datang-datang, terus dia join meja brothers yang lain, atau sememangnya saya malu dengan dia? Segalanya berkemungkinan. Saya tak pernah bercakap dengan si Wayne ni masa kat KUSZA dulu, tapi saya selalu kelakar bila dia sebut nama dia: Fathi Aziz Abu Bakor ... dan apabila sesekali dia mengeluarkan pandangan dalam kelas, sudah boleh ditebak political orientationnya yang banyak menyokong ayahnya - Datuk Abu Bakor Chik (ye ke ni bapaknya? Hantam sajalah). Status Wayne - tak berapa pasti.


Itu pulak Mejar Hisham dan Longkai. Makin awet pula muka keduanya.

Hisham, seperti yang diketahui adalah seorang pegawai tentera yang berpengkalan di Kuantan sekarang. Menurut Hisham, tak lama lagi dia akan ke Lebanon untuk peace-keeping mission under the UN. Bravo ... bravo! Bila melihat Hisham, saya andaikan, sekiranya ada seorang kawan kita yang hadir tu datang pada malam itu, mau makan hati dibuatnya kerana kawan kita itu separuh maut tergilakan Hisham satu ketika dulu. Cinta kilat masa kampus ...

Kenapa dia suka Hisham? -- Dia kata, walaupun Hisham rendah pada ukuran lelaki Melayu yang normal, Hisham tampak gagah .. menepati frasa dark, handsome but minus the tall part ... hahaha ... He so man, man!

Longkai masih seperti Longkai - tall and tall. Sedikit berisi dan nampaklah semua features yang dulu tersembunyi di sebalik tulang belulangnya ... Saya tak berbual banyak dengan dia melainkan sewaktu menyuruh dia mengambil gambar kami semua. Dia tu macam camera tripod sahaja kerana adjustment kamera kami adalah di paras level yang berbeza. Mentang-mentanglah lampai semacam saja.

"Eh, Longkai tu dah kawin ke?"

"Ntah, tapi tadi dia kata dia dah ada anak. Takkan ada anak tanpa kawin?"

"Tadi tak nak tanya betul-betul. Sekarang ni sibuk pulak."

"Tak pe, kalau dah kawin pun tak ralat sangat, sebab kita dengan dia, duduk dan berdiri tak sama tinggi."

"Hahahahahahahahahahahahahahaha ..."


Shamsul Ismail dan Suhaimi Rebu. Kedua-duanya ex-UIA-KUSZA, cuma seorang dapat title 'ex' tu lebih awal kerana dia surrender terlebih awal.

Suhaimi Rebu, atau dikenali sebagai Rebu (apahal nama bapa dia lebih glamer dari dia ni?), adalah seorang ustaz (?) hari ini - satu character yang sangat sinonim dengan beliau dari dulu sampai sekarang. Khabarnya dia attach dengan Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Johor.

Terpegun sekejap bila tengok si Rebu first time di dinner itu setelah 8 tahun. Makin sihat dan bulat, dan pipinya looking luminicent and radiant! Hahaha ... ni pun ikut resepi Wak Toyo juga ke - tempe and tempe forever? Kepet kata Botox. Tapi, memang penampilan Rebu suit the description of someone working with Mufti office (whatever does it mean ... hahaha).

Shamsul itu, seperti itu jugalah dia ... 3S saja ... sabar, senyap dan seyum sokmo! Untung Nisak dapat dia. Very complimenting each other. Tokey bakery cum tokey computer cum tokey macam-macamlah ... multitasking and multitalented couple ni. Kudos for both of you. Sham dan Nisa mempunyai empat orang anak dara - termasuk sepasang kembar. Semoga berbahagia selamanya.

Eh, mana cerita YDPA, Musyai dan Shahir tu? Hampir terlupa saya!

Shahir pun antara orang yang saya tidak pernah bercakap lantaran tiada berurusan dengannya sedari di KUSZA hinggalah ke malam dinner tu. Dan tak banyak cerita dia yang saya tahu ... cumanya ada seseorang membuat remark pada malam tu ... "Kalaulah aku tahu taste si Shahir tu blonde girl, mesti aku dah pulun awal-awal lagi ..." heh!

Musyai tu sebenarnya saya rasa agak pelik kerana masa belajar, kami tak pernah bercakap. Tapi, akhir-akhir ini makin ramah pula. Saya tetap OK dengan dia, mungkin bila dah makin berumur ni, kita makin berubah dan OK dengan kawan-kawan kita, kan? Sudah berani mengusik-usik ... kita kan kawan-kawan?

Lastly, Kepet the YDPA ... yang telah berusaha merealisasikan pertemuan pertama kita ni. Tak sangka beliau sekarisma begini. Walaupun kita saling berkutuk-kutukkan di blog dan emel, tapi saya masih malu-malu dengan dia (haaaaaa) ... Dia datang seorang tanpa isteri dan anak-anak. Remark pertama Kepet bila nampak saya - "Fisha, aku dah cakap banyak dah dengan Ikin tu ..." dan Ikin pula masih dibendung rasa kehairanan kenapa Kepet macam banyak tahu ceritanya. Saya suruh saja dia baca blog ni untuk tahu kenapa begitu ...

Hah ... selesai tanggungjawab nan satu ni. Tinggal satu lagi entri. Walaupun banyak yang nak ditulis, tapi saya rasa tak perlulah semuanya perlu diucapkan. Walau dalam nada bergurau, saya tak pasti setakat mana keterbukaan kamu semua mengenai perkara-perkara tersebut.

Bila berkawan, harusnya ada batasan yang perlu difahami. Umpama unwritten and silence policy, apa yang kita rasa orang OK dengan kita, kita buat, apa yang tak OK, kita elak. Moga-moga, persahabatan kita akan kekal seperti yang kita niatkan bila kali pertama kita decide kita nak berkawan dengan kawan kita itu.

BFF & FRANCE ... (kalau tak tahu apa maksud acronym ni, pergi tanya anak-anak atau adik-adik kamu yang masih bersekolah itu).