Wednesday, February 18, 2009

Apa pendapatmu?

Seseorang telah menawarkan free service kepada saya untuk saya re-design blog ini.

Cadangan yang menarik untuk saya pertimbangkan.

Namun, saya ada sedikit halangan ... kerana, blog ini, walaupun telah menjadi 'tempat tak rasmi' bagi rakan-rakan UIA-KUSZA, ia masih bersifat personal kepada saya.

Bila saya mengizinkan ia di re-design, ia mungkin akan menerbitkan perasaan lain kepada blog ini. Perasaan saya dan perasaan kamu.

Dan, mungkin juga, saya boleh mencadangkan agar penawar free service re-design blog itu agar membangunkan sebuah web khusus untuk UIA-KUSZA.

Saya dilema. Kamu fikir, bagaimana?


Latest news @ Feb. 19th, 2009 : 6.03pm:
After so much consideration, I've decided to maintain the design of this blog as it is. So, please feel free to navigate as you wish.

Thank you for your around-the-clock patron over this blog. I appreciate it.

Have a nice day.

16 comments:

Anonymous said...

Fisha..

Inilah yang aku pikirkan sesemenjak dua ni. Pada pandangan patik yang hina, blog ni tak perlu di redesignkan. Ini kerana blog ni adalah milik fisha (walaupun kandungannya banyak berkisar tentang UIA-KUSZA) dan MEMANG MILIK SECARA PERSONAL FISHA!..dan semua orang tau blog ni ada certain limitations...

Saya berpendapat elok juga kita ada website senditi. Dengan maksud kita beli domain, dan buat website sendiri, ikut kemahuan sendiri.

Domain biasanya dibayar setahun sekali, atau ada company yang minta dua tahun sekali. Tentang fees, kita boleh buat collection daripada kawan-kawan. Tentang collection tuh mungkin Kepet boleh bagi idea camana nak buat.

Kemudian kita lantik beberapa admin atau webmaster yang boleh monitor website tersebut. Kita boleh buat macam-macam dalam tuh. Terpulang, samada nak buat forum, nak taruk gambar,atau ada entry-entry lain yang berkenaan.

Saya rasa elok orang-orang yang berpengetahuan luas dalam IT membantu develop website tersebut seperti Suri, Pie, Sepul..etc.

Itu pandangan saya le.

Saya boleh bagi cth website yang saya join yang mungkin boleh dibuat cth : www.photosantai.com

just my 2cent...

ustazshafiee said...

fisha:
rasanya tak perlu re-design (maksudnya jika org lain yang buat, kalau fisha buat ok jer). yang penting maklumat sampai. apapun, terserah la. blog ini blog fisha. tiada sesiapa yang berhak mengubah apapun di dalamnya.

sekian. :)

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku selesa dengan blog ni dan bagi aku tak perlu kita ada website sendiri...selagi mana fisha selaku tuan rumah masih sudi menerima kita sebagai tetamu seadanya, maka kita pun terimalah blog ini seadanya...

kepada yang menawarkan free design tu, mehlah offer untuk blog aku...hehehe

sebab aku rasa tak perlu ada website sendiri ialah ramai rasanya yang dah selesa bersantai kat sini and aku takut nanti kita ada 2 forum pulak, so, mesej tak sampai dan sambutan makin kurang...apa-apapun majoriti rules

shariza said...

Fisha:

Eija pun sependapat dengan Pie & Buyie. This is your own blog. Why should it be redesigned unless you yourself yang nakkan perubahan.

Web khusus tu satu cadangan yg bagus. Cuma perlukan orang2 yg mahir dan dedicated la.

Tak yah lah dilemma. Seronok baca your blog coz terasa that you tulis dari hati & perasaan you. I can feel that this is Fisha's blog eventhough byk berkisar tentang UIA-KUSZA.

Anonymous said...

Fisha:
Aku setuju sesangat ngan sume pendapat diorang tuu...takyah la hang dok pk2 smp pening kepala tu...HIDUP FISHA....

Pijat-Pijat said...

Buyie:
Obviously, this blog has some limitation ...

Utk cadangan nak buat forum tu, ok gak ... mungkin ada yg mahu buat entri tersendiri, yg lebih tersusun ...

tapi, bila buyie sebut pasal nak beli domain, server bagai, aku cuak ... ade ke yg bermurah nak chip in?

tapi, aku menghargai pendapatmu abe yie! tq.

Pijat-Pijat said...

Ustaz Pie:
Itulah .. aku pun x rasa nak re-design blog ni ... cuma bila org tu offer, terjelma di minda, "ermm .. perlu ke?"

Syukran jazilan ya Ustaz.... selagi ada sokongan dari sahabat, InsyaAllah, ia akan terus bertahan.

Pijat-Pijat said...

Kepet:

What's the point of writing a blog, if not for others to read? hahaha.

TAPI,

Aku menulis bukan kerna nama .... :p

Selagi ada yg masih mahu membaca, selamanya aku sudi menulis ... kunjungan korang semua itu satu motivasi yang hebat, tahu?

P/s: Org tu offer aku sorang je ... maka, x leh le aku nak mengubahmiliknya kpd kau ...

Pijat-Pijat said...

Eija:
Ur words means so much to me ... :3

thank you my fren!

Pijat-Pijat said...

Nonie:
Hmmm .. aku macam dah boleh buat keputusan dah ni ...

Terima kasih atas sokongan! Aku menghargai dan sangat terharu!

Alin Ahmad said...

Fisha : Yuuuhuuuu..... Fisha, den rasa la kan..tak yah redesign blog ni beb. Blog ni dekat di hati...bagi balik memori yg den dah delete tu..hehhehehhee..

betul kata kepet..selagi fisha sudi terima kite2 ni..kite buat la macam rumah sendiri kan pet kan..kalau tak , takkan arif kata ni blog kepet...huhuhuhuu

Zaidi Al-Kashafi said...

Fisha:
Tak perlu design semula. Cukup rasa bersyukur dengan adanya blog ini. Kekalkan apa yang ada. Blog ini pun sudah dikira berada di comfort zone.

Yang penting pengisiannya, bukan rupa parasnya.

Anonymous said...

Fisha,

Yeap...dah selesa dah gini....rumah, kalu cantik sangat...teratur sangat...segan la plak nak melepak....

Pijat-Pijat said...

Alin:
Dekat di hati?

Cam TV9 plak ... Aku terharu beb!
Thank you my dear!

Pijat-Pijat said...

Kasyap:
Berada di comfort zone itu lah yg bahaya tu ...

Hidup perlu perubahan utk terus maju. Tapi, buat masa ini, masih cantik rasanya begini.

Terima kasih atas sokongan mu sahabat!

Pijat-Pijat said...

CT:

Iya lah ... rumah yg terlalu kemas + cantik tidak akan mesra tetamu ...

Dan, apalah erti blog ini tanpa anda semua wahai tetamu saya.

Kalau anda sudi bertandang, saya masih tetap akan merasa gembira walau rumah berkecah sepah!

Datang dan ramaikanlah ia ...

Terima kasih!