Monday, March 23, 2009

Friend and Foe: KHAIRUL ARIFFIN MOHD MUNIR

Siapa budak UIA-KUSZA yang tidak kenal dengan KHAIRUL ARIFFIN MOHD MUNIR aka IPIN itu? Dan, ini adalah coretan saya mengenai dia.

Saya sekelas dengan Ipin (mana Upin? :p) – CCU dan kelas Arab. Masa mula-mula kenal Ipin, orang selalu berbisik – “tu lah budak yang nak jadi PM tu.” Saya macam “huh?" kerana tidak terlintas di fikiran saya, seorang yang sebaya saya waktu itu punyai cita-cita begitu. Lagi pula cita-cita nak jadi PM itu kan sebaris dengan cita-cita nak jadi Superman, Ultraman dan sebagainya? Hee

Budak law dari Perak, Ipin sememangnya yakin bila menyatakan cita-citanya nak jadi PM waktu sesi taaruf di kelas. Kita semua ketawakan saja. PM Malaysia .. ada hati … dan lah kerempeng, mata layu … awai la lena nanti …

Ipin, seperti yang kita semua maklumi, mempunyai banyak kriteria sebagai seorang pemimpin. Lihatlah, bagaimana dia menggerakkan gerakan UIA-KUSZA merdeka (hahaha) bersama kawan-kawan yang lain seperti Zaidi Aziz, Wafi dan bro. Bob yang bermula di foyer DKA itu.
Dia kemudiannya dilantik sebagai President UIA-KUSZA pro-temp committee dan seterusnya MSRC. Memang Ipin terserlah dalam bidang kepimpinan.

Saya tak banyak cerita dengan Ipin, tapi saya mengikuti kerjaya politiknya hingga sekarang (haih!). Selain daripada bersama mengulang CCU dan bersama di kelas Arabic hingga tamat level 6, kami tak lebih daripada saling berpandangan kala berpapasan (uwekk .. sila muntah di sini!). Paling saya tak boleh terima dia panggil saya “Kak Fisha” – apahal? Bila masa saya kawin dengan abang dia? Sebab saiz saya yang ‘agam’ tergamak dia memanggil saya kakak? Saya sungguh marah dan berdendam dengan Ipin. – betapalah saya rasa sedih bila dia tidak ingat langsung kepada saya kala bertemu di PWTC! Baca cerita itu di perenggan berikutnya.


Sama seperti rakan-rakan law yang lelaki, sesudah sampai ke main camp, terus terputus hubungan hinggalah kita bertemu semula di malam dinner di Ahmad Tomyam itu … namun, apa yang saya ketahui, Ipin masih dan kian aktif dalam persatuan di main camp dan Ipin sudah berpacaran. Wah, wah … saya tumpang gembira (T_T)… sila buat gossip!

Macam yang saya katakan tadi, walau tidak bertemu Ipin, saya mengikuti ceritanya setiap waktu yang sempat. Pendapat-pendapatnya yang mewakili ABIM selalu saya baca. Saya terus kagum dengan Ipin.

Waktu berselang, saya bertemu dengannya semula pada persidangan Criminalizing War di PWTC pada Februari 2007. Saya tidak berharap Ipin mengenali saya kerana saya sedar, siapalah saya di matanya (huhu) … dia berdiri di hadapan saya berbual-bual dengan penuh karisma dengan 2-3 orang yang kelihatan sangat penting. Saya perasankan dia melihat ke arah saya dengah wajah seperti berkata “apahal pompuan ni dok tengok dan sengih-sengih kat aku? Kenal aku or nak ambil kesempatan ke atas aku?”, dan saya tersenyum saja. Saya tidaklah berniat untuk menegurnya sambil kata “hi Ipin, it’s me, your friend from UIA-KUSZA” pada waktu itu – kerana, satu, saya segan, dia bersama lingkungan orang-orang penting. Kedua, kalau dia kata dia tak ingat saya langsung … malu saya jadinya sedangkan saya bukanlah orang yang boleh menerima rejection. I’ll take that to heart tau … dan, saya memerhatikan saja Ipin.

Tidak lama kemudian, cerita Ipin dan keluarganya masuk dalam Majalah NUR. Saya rasa gembira tengok Ipin bahagia. Rasa, cita-citanya di dalam kelas itu sedikit sebanyak mungkin akan terlaksana tidak lama lagi.

Dan, dengan wujudnya laman Facebook, saya menjadi sahabat Khairul Arifin Mohd Munir setelah di’rekomen’kan oleh Jack. Itupun, sekadar meramaikan kawan-kawan dia sahaja kot … sebab saya tidaklah galak respon ke wall dia dan sebagainya.

Melihat Ipin di FB nya, dengan gambarnya memakai barret dalam library atau bookstore (rasanya) di UK sana, imej itu mengingatkan saya kepada gambar pemimpin dulu – Allahyarham Tun Dr. Ismail. Betapa budak kerempeng bermata Garfiled dan selalu sahaja tidur di dalam kelas itu telah mengalami perubahan yang sangat banyak dalam hidupnya. But, knowing him, nothing to be surprised.

Ipin, Asma and their child - photo courtesy of Ipin


After all this years, siapa sangka yang kemudiannya saya akan mempunyai kawan yang bertaraf selebriti di bidangnya. Saya sangat gembira dengan hakikat itu kerana saya dapat mengatakan kepada dunia - "tengok, kau tak percaya aku pernah sekelas dengan dia? Makan hati kau tengok gambar dia tu..." - hahahaha.

Seperti biasa, saya sentiasa akan mendoakan Ipin bahagia dunia dan akhirat bersama keluarganya dan hidup seperti mottonya di majalah Pioneer kita tu … Hidup biar berjasa.

Saturday, March 21, 2009

What a small world!

Sabtu 14 Mac 2009 - Ruang Legar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Ada apa di situ?

Saya bertemu Kak Pah ... (assistant Dr. Akram + Dr. Torla) - kamu masih ingat?

Saya:
Kak Pah ...!

Kak Pah:
Eh ... (reaksi biasa ...) - Macam kenal la ... kejap.. nak ingat ...

Kemudian, disebabkan ramai orang, itu sahaja yang mampu kami ucapkan hinggalah kami hilang dari pandangan masing-masing.

Kemudian ...

"Eh, wat mende sini? Keje sini ke?"

Sengihan bersama pertanyaan daripada seseorang yang saya kenal ...

"Ye la. Aku kat Dungun. UiTM. Buat apa kat sini?"

Dan, hari itu, saya telah dapat mengesahkan yang Fathi Aziz Abu Bakar telah beristeri dan beranak 1 ... cantik dan comel anak dan isterinya.

Saya kehabisan kad. Hanya coretan di kertas yang memaksudkan saya sedia dihubungi sekiranya teman saya nan seorang itu mahu bertukar kerjaya.

Apalah kecil sangat dunia ini [what a small world!].

Monday, March 16, 2009

Masihkah kamu ingat perasaan kamu pada waktu itu?

Slip menduduki peperiksaan SPM 1994

Sepanjang minggu ini, antara perkara menarik untuk diperkatakan selain daripada ahli politik Malaysia yang makin terserlah kebodohan hari ke hari adalah mengenai keputusan SPM untuk peperiksaan tahun 2008 - terutama cerita adik Nik Nur Madihah yang score 20A itu!

Saya selak-selak fail lama, saya terjumpa slip menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Ha, 10 subjek saja yang saya ambil? Kenapa saya rasa macam ambil 100 subjek? Hahahaha ...

Kamu masih ingat perasaan kamu bila result dikeluarkan?

Ingatan saya macam dah faded ... saya macam tak berapa ingat. Tapi, apa yang paling terkesan, saya berasa berdebar-debar sangat. Oh, let me tell you something - dulu-dulu, kalau saya menunggu sesuatu, dan saya berasa berdebar-debar, sesuatu itu akan menjadi sesuatu yang menggembirakan. Tapi, kalau tidak, saya tahu, itu adalah sesuatu yang tidak baik - Sekarang ni dah tak ada dah perasaan tu ... mungkin hati dah berapa suci ... Allah tarik perasaan itu .. huhu.

OK, bila berdebar, saya jadi excited sebab saya dapat agak keputusan saya mungkin baik. Dalam pukul 10 pagi, saya ke sekolah dengan teman, terus menuju ke pejabat pengetua. Guru PK meleret senyum ke saya dan mengucapkan tahniah. Wah .. wah ...

Bila dapat slip keputusan, saya tidaklah segembira seperti mula tadi kerana keputusan saya taklah sebagus yang disangkakan. Namun, kata PK, OK la tu, masih boleh masuk u. Saya jadi macam .. yeahh .. whatever! Saya sudah nampak yang pilihan kursus saya berkecai kerana aggregate saya terlebih. Result jadi lebih sebab BM saya 3. Sungguh sakit hati! Ni mesti ada kena mengena dengan karangan pasal pembalakan tu ... saya menyumpah-nyumpah sendiri.

Itulah perasaan saya sewaktu mengambil slip exam SPM 1994. Tiada adegan yang tak ingin dilihat kerana I don't give it a damn about the result ... kerana yang penting saya lulus dan masih boleh masuk universiti. Saya balik dan meraikan kejayaan saya. Hooray!

Kamu? Apa ceritanya?

Sunday, March 8, 2009

Inggeris. English. Injlizi.

Bila Ajak buat comment di blog Eija something about the word font, saya tiba-tiba teringat kembali first time berada di dalam suasana yang memerlukan saya berbahasa Inggeris.

Datang dari sebuah kampung kecil di negeri terkecil di negara yang relatifnya kecil, bahasa Inggeris saya agak terbatas. Kalau pun lebih sedikit daripada kawan-kawan sekolah, itu bukanlah sesuatu yang hebat kalau berbanding dengan orang lain yang saya temui di UIA.

Pengalaman bercakap dalam bahasa Inggeris yang 'betul' berlaku semasa saya ditemuduga untuk masuk ke UIA. Tergagap-gagap menyusun ayat - maklumlah vocab yang sangat sedikit. Begitu jugalah dengan Arab, waktu temuduga itulah saya bercakap Arab yang kalau didengar budak Arab berumur 2 tahun pun boleh gelak guling-guling!

Bila masuk ke matrik UIA Lembah Pantai, saya seakan shock. Semuanya dalam bahasa Inggeris dan hampir semua yang saya jumpa selesa converse dalam bahasa Inggeris. Malah, roomates saya ada 2 orang budak yang ambil BENL (tentulah berabuk speaking) dan dari TKC dan Seri Puteri yang juga tentu-tentu lah sudah expose dengan bahasa ini. Dalam banyak hal, saya hanya mengikut sahaja apa yang orang lain buat. Nak tanya, malu. Biasalah, water face mau kena jaga.

English placement test menakutkan saya. Yang sama-sama dengan saya, saya lihat handalnya mereka. Terkulat-kulat saya seorang. Benci. Tapi, life must goes on. Buat sahaja yang terdaya. Saya dapat kelas CCU.

Sampai di KUSZA, rasa cuak dan shock berkurang sebab dah ditune ke bahasa asal. Maksudnya, takde lah 24-7 kena cakap Inggeris. Tapi, masalah lain pula bila terpaksa belajar dialek Terengganu. Tapi, untuk dialek Terengganu, tidaklah sukar kerana everywhere people speak their language and we can pick here and there some words. Kiranya, untuk dialek Terengganu, saya dah level 4 la masa tu.

Dan, seperkara, apabila berada di KUSZA, rasa intimidate tu kurang sebab serasa semua orang pun 'sebaya' penguasaan - exception Sharina dan Norina la, yang masa tu sungguh kagum melihat mereka cakap macam air ... especially Norina yang sama laju bercakap Inggeris dan Melayu, serta kawan-kawan yang dapat level ESP, Nora dan Wan Ezrul, kawan baik Kepet katanya.

Belajar dengan Dr. Azmi seharusnya menjadi titik tolak saya mengasah kefahaman dengan bahasa Inggeris. Walaupun dia terlebih bangga dengan mendapat PhD di usia yang sangat muda dan segala perilaku yang sangat eccentric sifatnya, dengan dia jugalah saya menjadi excited untuk mengetahui perkataan-perkataan yang besar seperti - jeopardize, vicegerent, juxtapose, weltanschauung dan sebagainya.

Kelas CCU yang dua kali diambil (English pun repeat ... memalukan!) juga memperkayakan saya dengan bahasa ini walaupun tidak sampai tahap great. Mr Lincoln, Pn. Fadhillah, Mr. Enoch Daniel, Mr. Hamdin, and Mr. Ghazali - guru-guru English yang bermacam watak - kudos for them.

Sekarang inipun kalau bercakap Inggeris masih tergagap-gagap juga. Tapi, OKlah dari dulu. Tambahan kena mengajar kot English ... at first horror juga kot-kot dapat student yang Englishnya very good ... but as time goes by, no matter how good their English are, I'm still the great because content wise, I'm more knowledgeable than them. Bercakap pun kadang-kadang macam iklan budak-budak Melayu yang tunjuk direction kat minah saleh dalam bas tu je, tapi, disebabkan kita perlu tunjukkan keyakinan yang tinggi, evaluation student mengenai pengajaran saya selalu diletakkan 80-90% menggunakan English, walhal, cerita sebenarnya mungkin hanya 50-60% sahaja! Tak tahulah kot depa dengar saya cakap Melayu bunyi macam English .. ha!

Tapi, saya masih tidak berkemampuan menulis dengan baik dalam English. Hakikat yang pahit dan perlu diatasi, tapi tak tahu bila akan terjadi kerana saya selalu selesa dengan apa yang saya tahu sekarang. Mungkin boleh kot tulis entry sepam dua kat sini dalam bahasa Inggeris?

Apa-apa ajelah, kan?

Friday, March 6, 2009

Celebrating March-ians!

Seperti yang dulu, kini tiba masa meraikan. Sebulan sekali, setiap bulan. Kini giliran mereka yang lahir pada bulan Mac pula saya mahu raikan.

Mari kita lihat siapa yang kena?


Birthday Blessings
Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings,
As your birthday nears.

Consider special people
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.

Think about the memories
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.

Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays, I count blessings every day!"

By Joanna Fuchs
H A P P Y B I R T H D A Y Y ' A L L !

Monday, March 2, 2009

Yeay .. yeay .. Halim dah kawin!

Abdul Halim Ismail. Ingat nama itu? Jejaka dari Yan yang pendiam itu? Yang juga digelar Halim prep n tech? Yang klik dengan Fazli Noni tu? yang .... (kamu isi sendiri apa yang kamu mahu katakan tentang dia).

Pada 25 Februari 2009, jam 9:46am, saya menerima satu email daripadanya dengan subject: JEMPUTAN WALIMATUL URUS ... yang akan diadakan pada 15 Mac 2009 (kira-kira 2 minggu lagi) ...

Alih-alih, pagi ini, Halim mengutus satu lagi email ...

Kawan2ku sekalian… Sori la sbb x dpt bls email sbb sepanjang minggu lepas kena berkampung kat Memorial Tun Hussein Onn, Arkib Negara. Hari ni baru masuk opis... Terima kasih atas keperihatinan semua... Sebenarnya aku dah selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu lepas 28/2. Nama wife aku Norhayati Yahaya, budak
UIA jg pun
.



Halim dan Yati
Sumber dari Halim

What? Dia dah nikah? (Cheh, bajet dengan penuh muka terkejut la konon) ... hahaha.

Saya balas email dia untuk tujuan memohon gambar ... sambil mengatakan, kalau tiada gambar, saya tidak akan percaya dia dah kawin.

Dia balas -
x pecaya ke...x sume benda yg kita x nampak tu x wujud...byk benda2 sekeliling kita yg wujud tp kita x nmpak...

Hahahaha ... sentap mak dengar ayat-ayat itu, nyah!

Apapun, untuk Halim - perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang mujarrad untuk tidak kelihatan. Ia adalah sesuatu yang patut diraikan ... Maka, ia perlukan bukti sekiranya kamu benar-benar melakukannya!

Untuk Halim dan Yati ... Selamat Pengantin Baru ... Semoga berbahagia selamanya dan sentiasa dalam rahmat dan redhaNya.

Selamaaaaaat!

Sunday, March 1, 2009

Tag. Been tagged. Tagging.

Saya tiada idea untuk menulis. Tiba-tiba muncul tag ini dalam salah satu file di PC (rasanya daripada student saya). Maka, saya mahu menjawab tag sahaja. Ya, ini bukan kenangan UIA-KUSZA, tapi tag untuk menjawab soalan yang bersifat peribadi kerana saya tidak mahu blog ini kehilangan nature personal itu ...

Walaupun aktiviti begini bersifat sedikit full of ourself ... kamu bertahan sajalah ya ... :p

  • Does anyone know your password to your Friendster TM besides yourself?
  • No

  • Are you an emotional person?
  • Very much, minus the melodramatic scene
  • Do you like your name?
  • Yes. It does has meaning in Quran
  • Do you believe in love at first sight?
  • Sure. Bags, shoes and clothes?
  • Ever felt jealous of your friend?
  • Always.
  • What was the last thing you did?
  • Answering this tag
  • Who is right next to you?
  • Nobody
  • Who were the last persons you ate with?
  • My housemate and my ex-housemate
  • What song are you listening to right now?
  • Oh Carol by Neil Sedaka - yes, I love oldies very much!
  • How’s the weather right now?
  • Rainy
  • Last person who called you today?
  • My youngest sister, helping her with her schoolwork
  • Last song you sang?
  • Selamat Ulang Tahun Sayang ... hahaha
  • Do you like anyone?
  • I do
  • Lost a friendship over something stupid?
  • Yes, because she jump over my queue during form 1 science class
  • Last beverage you drank?
  • Iced White coffee
  • Last food you ate?
  • Nasi lemak
  • What did you do last night?
  • Sleep
  • Faked being sick to miss school?
  • Yes
  • What time did you wake up today?
  • 5.30am
  • Last person you talked to?
  • My youngest sister
  • Last person you made fun of?
  • So many .. can’t recall.
  • What are you wearing right now?
  • Baju kurung. I’m at work now
  • Are you too quiet to ask anyone out?
  • Always
  • What is the first thing you notice about the opposite/same sex?
  • Face
  • Where are you right now?
  • In front of PC, in my office
  • What date and day is it?
  • March 1, 2009 – Sunday
  • Did you go anywhere today?
  • Class, kopitiam, office
  • What did you do there?
  • Lecture, eat, work
  • Where else are you going today?
  • home
  • Are you watching TV?
  • Yes
  • Are you mature or immature?
  • Not sure
  • Are you closer to your mom or dad?
  • Neither
  • When was your last kiss?
  • Never happen
  • What school do you go to?
  • Sekolah Kebangsaan Seri Perlis (84-89), SMK Agama (P) (90-94), International Islamic University Malaysia (95-03)
  • What’s the most annoying thing people say to you?
  • Forgive and forgot
  • Do you like music?
  • I do
  • Do you want to get married?
  • Sometimes
  • To whom?
  • Someone

OK tak?
Kalau tak OK pun, saya peduli apa. Ini blog saya. Hahahaha ... ketawa dengan riaknya!

Dan, saya mempersilakan sekiranya ada di antara kamu yang mahu menjawab tag ini di blog masing-masing ...