Monday, March 23, 2009

Friend and Foe: KHAIRUL ARIFFIN MOHD MUNIR

Siapa budak UIA-KUSZA yang tidak kenal dengan KHAIRUL ARIFFIN MOHD MUNIR aka IPIN itu? Dan, ini adalah coretan saya mengenai dia.

Saya sekelas dengan Ipin (mana Upin? :p) – CCU dan kelas Arab. Masa mula-mula kenal Ipin, orang selalu berbisik – “tu lah budak yang nak jadi PM tu.” Saya macam “huh?" kerana tidak terlintas di fikiran saya, seorang yang sebaya saya waktu itu punyai cita-cita begitu. Lagi pula cita-cita nak jadi PM itu kan sebaris dengan cita-cita nak jadi Superman, Ultraman dan sebagainya? Hee

Budak law dari Perak, Ipin sememangnya yakin bila menyatakan cita-citanya nak jadi PM waktu sesi taaruf di kelas. Kita semua ketawakan saja. PM Malaysia .. ada hati … dan lah kerempeng, mata layu … awai la lena nanti …

Ipin, seperti yang kita semua maklumi, mempunyai banyak kriteria sebagai seorang pemimpin. Lihatlah, bagaimana dia menggerakkan gerakan UIA-KUSZA merdeka (hahaha) bersama kawan-kawan yang lain seperti Zaidi Aziz, Wafi dan bro. Bob yang bermula di foyer DKA itu.
Dia kemudiannya dilantik sebagai President UIA-KUSZA pro-temp committee dan seterusnya MSRC. Memang Ipin terserlah dalam bidang kepimpinan.

Saya tak banyak cerita dengan Ipin, tapi saya mengikuti kerjaya politiknya hingga sekarang (haih!). Selain daripada bersama mengulang CCU dan bersama di kelas Arabic hingga tamat level 6, kami tak lebih daripada saling berpandangan kala berpapasan (uwekk .. sila muntah di sini!). Paling saya tak boleh terima dia panggil saya “Kak Fisha” – apahal? Bila masa saya kawin dengan abang dia? Sebab saiz saya yang ‘agam’ tergamak dia memanggil saya kakak? Saya sungguh marah dan berdendam dengan Ipin. – betapalah saya rasa sedih bila dia tidak ingat langsung kepada saya kala bertemu di PWTC! Baca cerita itu di perenggan berikutnya.


Sama seperti rakan-rakan law yang lelaki, sesudah sampai ke main camp, terus terputus hubungan hinggalah kita bertemu semula di malam dinner di Ahmad Tomyam itu … namun, apa yang saya ketahui, Ipin masih dan kian aktif dalam persatuan di main camp dan Ipin sudah berpacaran. Wah, wah … saya tumpang gembira (T_T)… sila buat gossip!

Macam yang saya katakan tadi, walau tidak bertemu Ipin, saya mengikuti ceritanya setiap waktu yang sempat. Pendapat-pendapatnya yang mewakili ABIM selalu saya baca. Saya terus kagum dengan Ipin.

Waktu berselang, saya bertemu dengannya semula pada persidangan Criminalizing War di PWTC pada Februari 2007. Saya tidak berharap Ipin mengenali saya kerana saya sedar, siapalah saya di matanya (huhu) … dia berdiri di hadapan saya berbual-bual dengan penuh karisma dengan 2-3 orang yang kelihatan sangat penting. Saya perasankan dia melihat ke arah saya dengah wajah seperti berkata “apahal pompuan ni dok tengok dan sengih-sengih kat aku? Kenal aku or nak ambil kesempatan ke atas aku?”, dan saya tersenyum saja. Saya tidaklah berniat untuk menegurnya sambil kata “hi Ipin, it’s me, your friend from UIA-KUSZA” pada waktu itu – kerana, satu, saya segan, dia bersama lingkungan orang-orang penting. Kedua, kalau dia kata dia tak ingat saya langsung … malu saya jadinya sedangkan saya bukanlah orang yang boleh menerima rejection. I’ll take that to heart tau … dan, saya memerhatikan saja Ipin.

Tidak lama kemudian, cerita Ipin dan keluarganya masuk dalam Majalah NUR. Saya rasa gembira tengok Ipin bahagia. Rasa, cita-citanya di dalam kelas itu sedikit sebanyak mungkin akan terlaksana tidak lama lagi.

Dan, dengan wujudnya laman Facebook, saya menjadi sahabat Khairul Arifin Mohd Munir setelah di’rekomen’kan oleh Jack. Itupun, sekadar meramaikan kawan-kawan dia sahaja kot … sebab saya tidaklah galak respon ke wall dia dan sebagainya.

Melihat Ipin di FB nya, dengan gambarnya memakai barret dalam library atau bookstore (rasanya) di UK sana, imej itu mengingatkan saya kepada gambar pemimpin dulu – Allahyarham Tun Dr. Ismail. Betapa budak kerempeng bermata Garfiled dan selalu sahaja tidur di dalam kelas itu telah mengalami perubahan yang sangat banyak dalam hidupnya. But, knowing him, nothing to be surprised.

Ipin, Asma and their child - photo courtesy of Ipin


After all this years, siapa sangka yang kemudiannya saya akan mempunyai kawan yang bertaraf selebriti di bidangnya. Saya sangat gembira dengan hakikat itu kerana saya dapat mengatakan kepada dunia - "tengok, kau tak percaya aku pernah sekelas dengan dia? Makan hati kau tengok gambar dia tu..." - hahahaha.

Seperti biasa, saya sentiasa akan mendoakan Ipin bahagia dunia dan akhirat bersama keluarganya dan hidup seperti mottonya di majalah Pioneer kita tu … Hidup biar berjasa.

39 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Ipin = tido...hehehe

to ipin, tak mustahil boleh jadi pm cuma hilangkan rasa ngantuk tu, tidak nanti jadi macam paklah...hehehe

Pijat-Pijat said...

Kepet:
Cepat betul kau ni merespon ... keje baru kau tu, keje rehat eh?

Peace!

shariza said...

Boleh dikatakan agak rapat ngan Ipin coz sokmo jadi secretary dia masa kuat berpersatuan. Samapi sekarang takkan lupa dia punya moto kira cenggini la bunyinyer " Jadikan masalah itu sebagai satu jalan untuk kita menyelsaikan masalah bagi menuju kejayaan" ke guaner?

Seorang yang berdiplomasi coz dia Abang Long dalam family maka senang bekerja ngan Ipin ni.Ipin berkarisma sebagai seorang pemimpin. Hoping that he'll be the Top man in Malaysia one day to reform a new rythm of government (but not reformasi cam anwar ibrahim tuh)

musyaini said...

hehehhe Ipin... my former housemate..
Cerita pasal moto, tak silap aku ada la 2 3 kali dia jatuh moto sepanjang kami sebumbung... kesian dia... mungkin dia tertidor bawak moto tu..

Pin! aku rasa bakul moto hang aku pakai sampai la ni...

AP jgn lupa bagi kat aku no....

Unknown said...

..Ipin...dato'...datuk....whatever...in the making very soon...insyaallah

Zaidi Al-Kashafi said...

Jangan main-main, Ipin ni naqib aku masa usrah di Masjid KUSZA dulu. Banyak yang aku dapat belajar dari Ipin, seperti belajar microsoft words.

Ipin punya idea supaya aku buat mailing list egroups/yahoogroups ex-iiumt. Tapi sayang egroups tu dah terdeleted.

Aku ingat lagi semasa sparring taekwondo dengan Ipin, Hj Sepul kata jangan kick Ipin kuat sangat, dia tu kurus. Tapi kini Ipin sudah gempal sikit.

Ipin pun ada friendster.

ustazshafiee said...

Ipin selalu suruh aku dan sepul buat grafik kalu ada program. Pastu dia belanja air milo..

Zaidi Al-Kashafi said...

Ni gambar-gambar dalam kelas yang ada air-cond.

Aku teringat kata-kata salah seorang pensyarah/officer KUSZA kata student matrikulasi tak layak duduk kelas yg ada air-cond kerana katanya kita setaraf dengan budak form 6 saja. Adakah patut?

Pijat-Pijat said...

Eija:
Ya, jadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukan penghalang ... Dasat sungguh pesanan dia ...

Pijat-Pijat said...

Musyai:
Adakah motor yg dimaksudkan motor yang Sha kata dia tak suka dan letaknya di luar rumah hampa tu? Nostalgia beb!

Pijat-Pijat said...

Arif:
Yes, lets wish him that .. viva Ipin!

Pijat-Pijat said...

Kasyap:
Tolak bebudak Scorpion yg otai tu, bebudak lelaki batch kita memang jenis di bawah lindungan kaabah kan bila tengok masa tu? Hehehe ... cam baik je semua ...

Ye, itu gambar kelas bilik aircond yg menjadi rebutan. Hanya kelas CCU3 + CCL 2 and Arabic level 3 + 6 saja yang belajar kat situ. Sebab tu aku ambil masa satu semester baru kenai brothers kelas lain sbb korang semua belajar kelas x aircond?

Pijat-Pijat said...

Pie:
Memang dia tu golongan 'thinker' la, kan?

Aku memang tak teragak2 menyokong kepimpinan barisan kabinet beliau nanti ... ha!

ustazshafiee said...

aku dengar sisters kita banyak kelahi/gocoh dengan pelajar perempuan kusza. dok leh duk dekat-dekat macam ada karen elektrik. kalu duduk dalam bas, mesti ada gap sekerusi dua.. mesti ganaz masa tu.

ustazshafiee said...

Fisha:
ye ke ipin nak join politik?

m shahril said...

Tolak bebudak Scorpion yg otai tu, bebudak lelaki batch kita memang jenis di bawah lindungan kaabah kan bila tengok masa tu?

...wahhh...sadis betul ayat ko tu

sham n nisa | AnisBakery.net said...

ipin & asma ...
merupakan antara pelanggan terawal kami ( sometimes , our only customer ..! :) ) , semasa kami mula2 start bakery .
Kami amat2 menghargainya specially ketika tgh struggle dulu .. tempahan2 drpd diaorg ni sedikit sebanyak memberi kekuatan / support etc pada kami.
Masa sebelum ke UK, ipin ni duk kat Bangi. Kami selalu gak dapat jemputan, kalau ade kenduri kat rumah mentua Ipin. WHat a wonderful family!.. selalunya kalau ke rumah mentua Ipin .. selalu kami terdengar para guest yg dtg speaking Arabic belaka... dahsyat jugak.. rasanya. Rasanya macam berada kat negeri Arab :) ..

Good Luck pada Ipin & wife..

Pijat-Pijat said...

Pie:
"aku dengar sisters kita banyak kelahi/gocoh dengan pelajar perempuan kusza"

Salah statement tu .. gaduh memang ada .. tak dinafikan ... tp, kalau naik bas pun nak spare satu tempat duduk sbb tak leh selisih bahu, melampau la tu ....

Sisters duduk di tempat berasingan - blok Fatimah, Maryam, Ummu Salamah. Kalau kat blok Fatimah + Maryam tu, tak pernah aku dgr gaduh beriya ... memang tak de lah ... siap ajak gi bilik buat kawan lagi ada ...

Sisters kat US tu pun aku rasa mesra alam je ... mesti org yg sampaikan cerita tu dengki melihat kita semua mesra alam .... :p

"ye ke ipin nak join politik?"
Belum lagi ... tapi tak mustahil, kan? hehehhe

Pijat-Pijat said...

Saril:
Sensitip ye kau sekarang? Hehehe ...

Bebudak Scorpion tak perlu lindungan Kaabah sbb mereka itu ada kekuatan sendiri ... Lagi pula, dengan identiti yg kuat, mereka mampu melakukan apa sahaja ...

Bebudak ala lindungan kaabah tu .. ala-ala je ... hakikatnya Allah saja yg tahu ....

Don't feel bad ... Scorpion rocks!

Pijat-Pijat said...

Sham + Nisa:
Tu la sifat pemimpin, kan? Sedia berjasa ... bukan untuk tembolok sendiri sahaja ...

Oh, aku makin kagum dengannya! (*_*)

Ayasu Kuro-Obi said...

Pie: Aku dia belanja teh tarik je sokmo...

m shahril said...

Don't feel bad ... Scorpion rocks!
..cover nampak..aku x kisah ko nak kata apa...cite lama...tp mmg plg jahat scorpion tu kepetla

m shahril said...

wei...pada yg ada anak sedara ke sapa2 yg nak msk unity kolej kat pj...course plg famous nursing...bagitau aku...ada komisyen rm 500 sorang...
sorry fisha...tumpang buat iklan

Anonymous said...

Saril:
To quote Tg Ahmad Rethaudeen:
"Damned if we do ... damned if we don't" - relevantnya, kau cari sendiri ...

Ayat cover? - aih, lu pikirla sendiri ...

Anonymous said...

Saril:
Iklan je la .. bukan kena bayar pon ...

Anonymous said...

Kita tgk siapa di antara kita ni yg akan jadi org politik. Akan jadi YB. Kita tggu dan lihat..

Tapi harapan saya, jgn lps jd YB mula lupa diri dan sombong kpd rakan2. Jgn jd seorg yg terlalu oportunis.

ajako said...

wishing the best for ipin. btw, nape agaknye picha pilih ipin sbg cover story kali ni? mesti sbb ipin kawan baik kite sumer kan? jawapan cover lagi berdiplomasi tuuu

Anonymous said...

Irwan:
Ayat optimis sokmo ... InsyaAllah Wan ... akan ada kot yang akan jadi YB kalau kena caranya ...

Calon yang ada .. dak Ipin ni la ... kita doa2kanlah ..

tu pun kalau dia minat ...

Kalau kengkawan lain pun nak jadi, kita pakat bagi sokongan ... UIA-KUSZA can ... :p

Anonymous said...

Ajak:
Ipin jadi feature this month? No apparent reason .. pick at random ... and kebetulan ada cerita nak cerita pasal dia ...

Nanti kita tengok sapa yang akan di'feature'kan next .....

Tunggguuuuuuuuuuuuuuu!!!

Anonymous said...

Irwan,

Kalu saya tak salah ingat, masa kat sekolah dulu, awok pun bercita2nak jadi PM gak kan?? So, berganding bahu lah ngan Ipin k...jgn nak mengebom org lak ek..CAIYOK!!!

Anonymous said...

Agak-agak ripin ni kalau masuk politik ni sokong sapa. BN ke PAS?.

Anonymous said...

Ipin ?

Yeah he was my roommate masa kat Kusza dulu...baik hati..mulia...jujur...ikhlas...pandai...leadership skills tinggi...bla..bla...

Tido ? hehe

m shahril said...

apasal kepet diam...dah kena buang keje lagi ke?

shariza said...

Suri, kalu Ripin tu BN tak nak sokong ker? hmmmmm peace!!! jangan kecik hati aaaaa.

Rozaimi Bin Mohd Said said...

fisha and suler...hahaha...aku biarkan korang sekejap aje, korang dah ngumpat kau heh???

sorilah, beb, tempat kerja baru ni banyak kerja...ini baru namanya tempat kerja...yang sebelum ni, aku tak de kerja sangat, itu pasal aktif berblog...hehehe

Anonymous said...

Kepet:
Alhamdulillah .. kerja jugak kau akhirnya, ye?

Baguih .. baguih ...

surizalman said...

eija.

BN @ PAS tu sama je.

Malas nak komen lebih pasal YB-YB ni. Dulu bukan main, skrg habuk pun tarak...

Ramai masuk politik sbb selain kuasa adalah bisnes. Tu je....

m shahril said...

KEPET
hahaha...ko kena buang keje lagi ke?hahahaha...
kali ni ko keje elok2 la...sampai bila ko nak mcm ni?..ishhh

shariza said...

Suri:

Betul tu. Semua parti 2x5 je. Sokong komen Suri tu. Harap2 generasi baru akan jadi YB macam zaman Tunku Abdul Rahman dulu, betul2 buat kerja untuk rakyat dan tak fikir tembolok sendiri.