Saturday, March 21, 2009

What a small world!

Sabtu 14 Mac 2009 - Ruang Legar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Ada apa di situ?

Saya bertemu Kak Pah ... (assistant Dr. Akram + Dr. Torla) - kamu masih ingat?

Saya:
Kak Pah ...!

Kak Pah:
Eh ... (reaksi biasa ...) - Macam kenal la ... kejap.. nak ingat ...

Kemudian, disebabkan ramai orang, itu sahaja yang mampu kami ucapkan hinggalah kami hilang dari pandangan masing-masing.

Kemudian ...

"Eh, wat mende sini? Keje sini ke?"

Sengihan bersama pertanyaan daripada seseorang yang saya kenal ...

"Ye la. Aku kat Dungun. UiTM. Buat apa kat sini?"

Dan, hari itu, saya telah dapat mengesahkan yang Fathi Aziz Abu Bakar telah beristeri dan beranak 1 ... cantik dan comel anak dan isterinya.

Saya kehabisan kad. Hanya coretan di kertas yang memaksudkan saya sedia dihubungi sekiranya teman saya nan seorang itu mahu bertukar kerjaya.

Apalah kecil sangat dunia ini [what a small world!].

15 comments:

Anonymous said...

kalau tak silap kak pah dulu dipinjamkan dari KUSZA...

So dia mmg staf kusza la kan....

Pijat-Pijat said...

Suri:
Ye lah kkot .. tak ingat dah ... yang penting, aku suka itu Kak Pah more than Raja Aida tu ... and not to forget .. Abg Wan ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

so confirmlah si wayne ni dah kawin...sabar ye fisha :-)

ustazshafiee said...

Kak pah sekarang ni bertugas di UDM kampus KOTA. (Kolej Sri Iman dulu, berhadapan dengan Hospital Kuala terengganu. Abang Wan pula ada kat Kusza lagi. semuanya masih tak berubah.. semua macam dulu.. asyik puju batch kita jer.. terutama pak Din Musa (driver bas) puji je memanjang.. eheh

Anonymous said...

Aku dalam 2 tahun lepas pernah terserempak dengan en wan takwa dan ramai lagi staf kusza yang aku sendiri lupa nama naik bas kusza on the way ke KL dan berhenti di R&R Temerloh.

Masa tu ada pak din dengan 2 orang lagi drebar bas yang aku pun lupa nama dia....

Tapi yang aku rasa bangga jadi pelajar uia sbb en. wan takwa ngan pak din tegur aku dulu....

"What a small world"

Pijat-Pijat said...

Kepet:
Ya, sah dia dah kawan.

P/s:Sungguh cis ayat kau itu - kata Fisha sambil melemparkan senyuman yang paling manis kepada Kepet!

Pijat-Pijat said...

Pie:
Setakat K.Pah + Abg Wan ingat la lagi ... tp sampai Pak Din sriver sumer .. dah tak tau ... Eh, Cikgu Wae (Ismail)hostel tu ada lagi tak?

Pijat-Pijat said...

Suri:
Sapa wan taqwa tu?

Apa benda sangatlah pujian mereka terhadap budak UIA-KUSZA tuh?

shariza said...

Fisha:

Sebab budak2 Prep & Tek kita baguih. hahaha. Sesungguhnya depa kagum ngan idea budak2 Prep & tek kita bab2 pembukaan or perasmian majlis dan penutupan majlis.

Anyway. Kalau hangpa tanya budak2 KUSZA sendiri menyampah tu lebih daripada suka coz kdg2 kita dapat lebih daripada depa masa zaman ada Dr. Azmi la.

En. Wan Taqwa tu bukanka kat bahagian pentadbiran jaga kebajikan student/ Students Activities?

shariza said...

Suri:

Of course la depa kenai Suri coz you kan budak DTP dulu wakil budak UIA-KUSZA ngan Aishah kan?

Anonymous said...

Shariza.

Tak jugak kut sbb sy kenal wan taqwa pun sbb kita buat program down to earth hari tu dan drebar2 kusza sbb selalu kan kalau ada program uia atau kusza, gunakan khidmat drebar2 ni.....tu yang boleh kenal tu.....

Pijat-Pijat said...

Eija:
Tapi betulla ... masa kita masih bernaung dengan Dr. Azmi tu, rasa cam cemerlang semacam je kita ni ... disenangi dan disukai ramai ... mintak apa semua dapat ... memang makan hati budak KUSZA.

Nak jd cerita, kat UiTM Trg ni ada sorang lect law, budak KUSZA yg sama batch dgn kita ... dari dia la I tau serba sedikit pandangan budak2 KUSZA ...

Pijat-Pijat said...

Suri:
Ya, byk prog kita yg perlukan khidmat driver, kan?

Bukit Bayas - Pulau Bahagia - Lata Tembakah - Sekayu ...

Those old good days

ustazshafiee said...

antara pujian-pujian mereka: i- budak uia panggil mereka abang driver, tapi budak kusza selalu panggil mereka pakcik.. ahaks

ii- kalau bawak budak uia, mesti budak uia belikan buah tangan kat abang2 driver. budak kusza tak de beli pun.. ehehe..

banyak lagi, tapi aku tak ingat dah.. :)

Pijat-Pijat said...

Pie:
Abang driver? -- I don't have any recollection of memory calling them 'abang' ... rasany semua pun kita bantai panggil pakcik ... bdk2 laki kot yg panggil cenggitu?

Beli buah tangan? Certainly not me ... hmmm