Monday, March 2, 2009

Yeay .. yeay .. Halim dah kawin!

Abdul Halim Ismail. Ingat nama itu? Jejaka dari Yan yang pendiam itu? Yang juga digelar Halim prep n tech? Yang klik dengan Fazli Noni tu? yang .... (kamu isi sendiri apa yang kamu mahu katakan tentang dia).

Pada 25 Februari 2009, jam 9:46am, saya menerima satu email daripadanya dengan subject: JEMPUTAN WALIMATUL URUS ... yang akan diadakan pada 15 Mac 2009 (kira-kira 2 minggu lagi) ...

Alih-alih, pagi ini, Halim mengutus satu lagi email ...

Kawan2ku sekalian… Sori la sbb x dpt bls email sbb sepanjang minggu lepas kena berkampung kat Memorial Tun Hussein Onn, Arkib Negara. Hari ni baru masuk opis... Terima kasih atas keperihatinan semua... Sebenarnya aku dah selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu lepas 28/2. Nama wife aku Norhayati Yahaya, budak
UIA jg pun
.



Halim dan Yati
Sumber dari Halim

What? Dia dah nikah? (Cheh, bajet dengan penuh muka terkejut la konon) ... hahaha.

Saya balas email dia untuk tujuan memohon gambar ... sambil mengatakan, kalau tiada gambar, saya tidak akan percaya dia dah kawin.

Dia balas -
x pecaya ke...x sume benda yg kita x nampak tu x wujud...byk benda2 sekeliling kita yg wujud tp kita x nmpak...

Hahahaha ... sentap mak dengar ayat-ayat itu, nyah!

Apapun, untuk Halim - perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang mujarrad untuk tidak kelihatan. Ia adalah sesuatu yang patut diraikan ... Maka, ia perlukan bukti sekiranya kamu benar-benar melakukannya!

Untuk Halim dan Yati ... Selamat Pengantin Baru ... Semoga berbahagia selamanya dan sentiasa dalam rahmat dan redhaNya.

Selamaaaaaat!

28 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

To Halim...tahniah...semoga rumahtangga dirahmati Allah dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat...cuma it is not easy to be a weekend husband...hehehe

Anonymous said...

Kepet:
Tahu je kau ye .. org tu weekend husband la .. apa la ... dasat sungguh!

Ayasu Kuro-Obi said...

"Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia. Selamat Ke Anak Cucu. Semoga Sejahtera."

Alin Ahmad said...

Halim : Tahniah! semoga bahagia hingga hujung nyawa

m shahril said...

kawin gak ko lim...semoga roh dicucuri rahmat

Alin Ahmad said...

M Shahril : uiksss... kali pertama daa aku dgr ucapan ni utk org kahwin...

m shahril said...

xkan tgu mati baru nak dirahmati...time hidup pun apa salahnya kita doakan...ko xnak ke roh dirahmati...kalau ko nak aku doa skrg

Alin Ahmad said...

m shahril : uiksss... ko doakan hidup aku dirahmati dulu la beb..ngeri..roh tu later2 la..kwang kwang kwang

m shahril said...

roh tu ada dlm hidup ko...eh..kita sembang be2 je ke?

Zaidi Al-Kashafi said...

Kepada Halim & Isterinya:

Baarakallahu lakuma wa baaraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fi khair. Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan pasangan-pasangan suami isteri ini dengan sa’adah, sakinah, mawaddah wa rahmah yang dijanjikanNya. Semoga kalian berbahagia hingga ke Syurga! Amiin.



Allah SWT Pencipta Sekalian Manusia berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra denganya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Surah Ar-Rum, ayat 21).

Halim, bila nak aktif kembali mendaki gunung?

Anonymous said...

Alin + Saril:

OK la tu .. sembang ber2 ... sama saling mendoakan ... berkaaaaat ... selamaaaaat ... hehehe

Anonymous said...

baru haku perasan, Halim pakai lilit UIA .. wah ... truly UIAan nampak nya ...

Anonymous said...

Kashap:
Ko ni .. kasik le dia bersenang lenang dulu ... lepas ni, cakap je ... Everest pun dia tak heran da...

shariza said...

To Halim & Isteri:

Tahniah. Selamat semuanya.

shariza said...

Kepet:

Betul la kalau Eija guna perkataan isteri dlm email tu kan. Haaa. My instinct bagus punyeee. Kira2 ada sikit ilmu kasyaf leeee. ihik.

Anonymous said...

terima kasih semua kerna mendoakan kebahagian dan kesejahteraan aku dan isteri...
Pjat-pijat: tu songkok convo dulu tu...dh lama simpan.last2 buleh guna jg...hehe

musyaini said...

Halim! Tahniah dari aku sekeluarga! Semoga bahagia dunia akhirat!

Ayat-ayat seterusnya hanya untuk tatapan orang yang dah kawin sajer. Yang belum, read at your own risk!

Kasyap: Tak payah nak ajak halim pi daki gunung.. yang baru dapat ni pon lom abis nak daki...

Meramaikan umat tu sunnah tu...

Halim! Kalu nak apa petua jgn malu2 tipon... Kepet banyak ilmu tuh...

ustazshafiee said...

halim:
tahniah, semoga menjadi suami yang soleh hendaknya

Anonymous said...

To my Fren Halim..

Tahniah atas semuanya...

Tahniah atas kehidupan hang yang semakin murah rezeki...

Tahniah sebab hang pon dah ada master macam fisha..(jeles akuh)

Tahniah sebab hang pon dapat kerjaya yang bagus...

Tahniah kerana dah jadi suami sekarang ni

akhir kata tahniah tahniah tahniah dan tahniah...

m shahril said...

lim...gunung sama didaki..lurah sama dituruni...jgn tak turun2 sudah...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Ieja, ok aku surrender..

Musyai, aki rasa lagi afdhal kalau si halim call mat khuzaini, kau tak tengok anak si mat ari tu? cun tu...

sham n nisa | AnisBakery.net said...

dear Halim & isteri..
" selamat pengantin Baru .."
.. tahniah ..!
..& welcome to the club..!
.. semoga dapat banyak anak..

:)

Anonymous said...

Halim & isteri,

Selamat Pengantin Baru dan semoga sentiasa dirahmati Allah...

Bila nak dtg UIA lagi?....

Anonymous said...

tahniah Halim

Zaidi Al-Kashafi said...

Halim, kalau nak mendaki kena ada stamina. Aku yakin Halim memang senentiasa berstamina.

Selamat melayari bahtera rumahtangga. Huhuhuhu.

Anonymous said...

Salam semua....
Kepada Halim & Isteri,
Selamat Pengantin Baru dan moga selamat semuanya yg patut selamat....mmm...ada ke benda yg tak patut selamat???

Unknown said...

Dear Halim! man...I met with you almost everyday because you are my housemate. Where is the damned invitation card man? I havent received one yet...one more thing halimmmmm. before leaving for your reception & honeymoon,do not forget to wash all the cups and masses you left on the coffee table the other day ok, please.... I love you man...ariff

wank said...

To Halim,
Selamat Berbahagia hingga ke akhir hayat...