Monday, March 16, 2009

Masihkah kamu ingat perasaan kamu pada waktu itu?

Slip menduduki peperiksaan SPM 1994

Sepanjang minggu ini, antara perkara menarik untuk diperkatakan selain daripada ahli politik Malaysia yang makin terserlah kebodohan hari ke hari adalah mengenai keputusan SPM untuk peperiksaan tahun 2008 - terutama cerita adik Nik Nur Madihah yang score 20A itu!

Saya selak-selak fail lama, saya terjumpa slip menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Ha, 10 subjek saja yang saya ambil? Kenapa saya rasa macam ambil 100 subjek? Hahahaha ...

Kamu masih ingat perasaan kamu bila result dikeluarkan?

Ingatan saya macam dah faded ... saya macam tak berapa ingat. Tapi, apa yang paling terkesan, saya berasa berdebar-debar sangat. Oh, let me tell you something - dulu-dulu, kalau saya menunggu sesuatu, dan saya berasa berdebar-debar, sesuatu itu akan menjadi sesuatu yang menggembirakan. Tapi, kalau tidak, saya tahu, itu adalah sesuatu yang tidak baik - Sekarang ni dah tak ada dah perasaan tu ... mungkin hati dah berapa suci ... Allah tarik perasaan itu .. huhu.

OK, bila berdebar, saya jadi excited sebab saya dapat agak keputusan saya mungkin baik. Dalam pukul 10 pagi, saya ke sekolah dengan teman, terus menuju ke pejabat pengetua. Guru PK meleret senyum ke saya dan mengucapkan tahniah. Wah .. wah ...

Bila dapat slip keputusan, saya tidaklah segembira seperti mula tadi kerana keputusan saya taklah sebagus yang disangkakan. Namun, kata PK, OK la tu, masih boleh masuk u. Saya jadi macam .. yeahh .. whatever! Saya sudah nampak yang pilihan kursus saya berkecai kerana aggregate saya terlebih. Result jadi lebih sebab BM saya 3. Sungguh sakit hati! Ni mesti ada kena mengena dengan karangan pasal pembalakan tu ... saya menyumpah-nyumpah sendiri.

Itulah perasaan saya sewaktu mengambil slip exam SPM 1994. Tiada adegan yang tak ingin dilihat kerana I don't give it a damn about the result ... kerana yang penting saya lulus dan masih boleh masuk universiti. Saya balik dan meraikan kejayaan saya. Hooray!

Kamu? Apa ceritanya?

36 comments:

ajako said...

Fisha, teringat soalan BM masa tu pasal ringkasan. Cikgu kitorg asyik wat latih tubi wat rumusan. Sib baik dpt A gak...

Zaidi Al-Kashafi said...

Sebelum ambil keputusan peperiksaan SPM 1994 hati saya terasa sangat berdebar-debar. Saya jadi terlalu bimbang dengan keputusan SPM saya pada ketika itu kerana semasa ujian percubaan SPM saya mendapat pangkat 3 dengan aggregate 36.

Tapi bila ambil keputusan SPM, alhamdulillah saya mendapat pangkat 1 dengan aggregate 14. Saya rasa sungguh bersyukur kepada Allah dan tak sangka pula dapat resutl sebaik itu.

Lantas saya menelefon kedua ibu bapa saya di rumah. Di dalam telefon kedengaran suara bapa saya menangis kegembiraan setelah mendengar berita gembira itu.

Buat sekalian ibu bapa di luar sana, didiklah anak-anakmu menjadi orang yang terpelajar dan cemerlang dalam hidupnya. bagaimanapun kecemerlangan tidaklah boleh diukur semata-mata berdasarkan berapa banyak gred "A" yang mereka dapat semasa peperiksaan. Kerana kecemerlangan dalam akademik semata-mata belum tentu dapat menjamin kecermelangan di dalam hidup. Pendapat anda?

Ayasu Kuro-Obi said...

Tak ingat pulak soalan masa SPM. Masa ambik result je ingat, aku muntah...uwweekkkk!!!!

Anonymous said...

aku ada ramai kawan yang senior officer kat kompeni swasta.

Kebanyakan sesi temuduga yang diaorang conduct, mmg calon2 yang cemerlang ni takde la diaorang bagi priority sangat sbb ramai yang jenis ulat buku, tapi kerja tak semestinya boleh buat.....

Tapi kalau gomen, CGPA tu mmg satu privilege

Rozaimi Bin Mohd Said said...

masa percubaan SPM, aku fail 2 subjek yang sememangnya aku tak pernah suka i.e. Sejarah dan Sains. First paper yang aku ambik masa tu ialah Bahasa Arab Tinggi. Habis jawab aje, aku rasa menyesal, kenapa aku tak ambik aje Sastera (alternative to Arab Tinggi)? Sebab aku dapat merasakan paper pertama aku dalam SPM aku akan dapat F9.

So, bila aku pi ambik result, mata aku terus mencari-cari subjek Arab Tinggi dan aku terkedu...hahahaha...aku dapat C4 (bukan bom yang meletupkan altantuya tuh)...excitednya aku sampai lupa nak tengok berapa agrregate yang aku dapat sampai kawan aku tanya samada aku dapat bawah 10...lepas tu baru aku tengok aggregate aku...hahaha...aku dapat atas 10 tapi memadai untuk aku masuk UIA (walaupun kusza) untuk jumpa dengan korang semua...and true enuff, subject paling teruk ialah sejarah and ada yang pelik macamana aku boleh dapat kursus law...jawapannya senang bangat, sebab sejarah is not a requirement untuk ambik law kat uia...hehehe

Pijat-Pijat said...

Ajak:
Aku paling tak suka buat rumusan ... Masa trial aku dpt A1 for BM dan sememangnya aku terrer subjek nan 1 itu ... alih2 C3 masa betul2 .. sakit hati betul! Benci sungguh rasanya. Mujur gak dpt gi UIA ...

Pijat-Pijat said...

Sepu:
Ishhhh ... bakpe sampai muntah kau ni? Jijik aku mendengarnya!

shariza said...

I'm back. cakap pasal result SPM memang mcm2 ada. Eija sakit perut, nak termuntah, nak terkucil, semua adalah masa nak amik tuh. Paling takut Bahasa Arab Tinggi (BAT)la. (boleh geng ngan Kepet.) Ingat cukup2 makan rupanya C3.Terpaksa amik BAT coz Almashoor (P) ada 2 kelas je. Sape2 yg dpt B Arab A1 & A2 masa SRP kena masuk kelas 4 Mawar. Akula salah sorang terpaksa masuk kelas tu. Bagai nak rak hafal sastera lama arab. Huuuuu. Kenangan.

Tp agak sedih gak coz adikku dapat SPM grade 3. Perbezaan yg ketara. Tp lepas tu dia bangkit belajar bersungguh-sungguh. Cayala Cif Inspektor Shariman.

Pijat-Pijat said...

Suri:
Mmg ramai yg kata tak nak ambik bebudak yg scorer ni .. tp, sikit banyak mesti dijeling gak semua ni ... kita dok Malaysia ... memang begitulah kekdahnya be it in private or govt ...

Unknown said...

Hi guys,

Congratulation to Miss Nik Nur Madihahah. A Kelantanese girl....
..Am so proud of you girl...

Pijat-Pijat said...

Kepet:
Aku arab memang hancus ... nahu tu semua cam haram je ... tp aku cam tak percaya Arab Tinggi aku dpt c3 .. aku rasa pemeriksa tu pun 2x5 cam haku gak ...

Arab comm senang, tp aku dpt 5 ... hahaha ... ntahapapantah.

SPM aku score semua - dr A1 sampai la P7 ... otai ... hehehe

Pijat-Pijat said...

Kasyap:
Sungguh syahdu aku mendengar kisahmu.

Ibu bapa, kena didik anak2mu mendapat A semua kerana kita ini tinggal di Malaysia dan bukannya di Tanzania atau di Milwaukee ... Sekiranya anakmu itu tiada A dalam slipnya, pasti dia akan dikenang sebagai antara yang bodoh kerana belajar sampai tiada A langsung!

Ya ibu bapa sekelian, anak2mu hanya akan dianggap pandai walau tiada A apabila bermulanya penilaian yang berbeza yang akan dijalankan pada 2010 nanti. Bersabarlah wahai para ibubapa dan anak2 ...

Pijat-Pijat said...

Eija:
Apsal teruk betul nak hafal sastera Arab? Gua amek gak BAT .. tak kena pon ... tp paling ingat bait2 yang ini:

"Ma la kum, takak kak tum ...
wa ila kata kak ku ikum ... "

Gila seh ... macam2!

Pijat-Pijat said...

Arif:
Ya, kita pon tumpang gembira sbb di saat menghadapi politician bingai dan bongok itu, masih ada sesuatu yang boleh membuatkan kita gembira ...

I think she's repeating the success of Suzi Fadzillah of Maahad, 1994 SPM best student .. wonder apa kabar dia tu ...

Anonymous said...

aku SPM cukup makan je. Boleh la lepas nak gi U.

Kawan2 yang lain semua score bagus-bagus, tapi aku time tu dah pikir nak masuk tingkatan 6 je

Nasib baik la UIA terima aku. Kalau tidak tak tahu la apa nak jadi lepas tu......

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Fisha, kalau kau sakit hati sebab dapat c3 untuk BM, aku pula bersyukur sebab dapat c3 untuk BM...masa tu tak jumpa lagi Sutung Umar Alin tu...hehehe

musyaini said...

hmmm SPM aku boleh dikategorikan 'jahanam' kat sekolah aku tu... tp aku expected la jugak... pasai org len study aku bantai fly main game kat chi liung plaza, tgk konsert kat stadium shah alam.. tp tetap bersyukur dapat gak masuk uia... walaupun kusza and dpt gak jadi loyer buruk.

tp sorang kawan aku ni dpt the worst, pangkat 3. agaknya pasai dia tak ikut aku main game kot.. heheh

i wonder where he is now....

tp paling aku tak leh lupa result SRP.. pasai aku tak dibenarkan ambil result coz aku tak bayar det makan asrama 1 bulan... pasai aku dah seleweng det tu hahahah gila tul sekolah aku ni... tp dgn sedikit sweet talk & dosa 'kecil' huhuh dpt gak tau result... sori ustat!!!

Zaidi Al-Kashafi said...

Aku fikir yang aku silap pilih course, sepatutnya aku ambil bachelor in Arabic and literature pasal result SPM aku punya Bahasa Arab Tinggi A1, Bahasa Arab Komunikasi pun A1, Sains juga dapat A1. Tapi bahasa Inggeris aku dapat 7 dan bahasa Melayu aku dapat 5. Macamana entah aku boleh memilih kursus undang-undang? korang bayangkan BI aku dapat 7. Kalau aku ambil kursus Bahasa Arab mungkin aku tidak dibuang ke KUSZA dulu. huhuhuhu...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

ohohohoh...syai, kita bukan orang buangan tetapi orang terpilih...orang terpilih aje dapat pergi kusza...huah...huah...huah...ye ke terpilih?

shariza said...

Kepet:

Kwangkwangkwang. Terpilih but were picked at random.Terngiang-ngiang bila ada orang kata budak UIA-KUSZA were picked at random. Sebab tu walau ada mcm2 result tp dpt amik LAWs & IRK kan?

Rozaimi Bin Mohd Said said...

apa yang orang2 tu kata tak penting, yang pentingnya kita dah buktikan dok belajar kat lembah pantai dan gombak tak menjadikan diorang tu lebih pandai daripada kita yang kat kusza...hehehe

ajako said...

Betul pet, dan yg lbh penting, kite sumer berjaya dlm hidup sama mcm diorg gak, if not better, hins hins

Anonymous said...

aku setuju dengan kpet ngan ajak

Rezeki masing masing kan.....

Aku rasa bertuah sbb belajar kat terengganu. Memang ada hikmat disebaliknya......

Ayasu Kuro-Obi said...

Suri:
Doh biler erh nok mari ganu.....

Rozaimi Bin Mohd Said said...

pul, ada apa kat ganu?

ustazshafiee said...

soalan provakasi tu pet.. eheh :))

Rozaimi Bin Mohd Said said...

hahaha...kita kasi panas sikit

ustazshafiee said...

aku jawab dulu : ada nasi dagang dengan kepala ikan aya RM40.. eheh

Alin Ahmad said...

alamak...x ingat la plak result SPM secara detail..

Caypet : "masa tu tak jumpa lagi Sutung Umar Alin tu...hehehe" ...wallaweiii bila lak dia jadi Sutung Umar Alin lak beb...

dgn satu pertanyaan gak pet: kalau ko jumpa sutung umar masa tu, bole ke dapat 1?huhuhuhuhu

Lagi satu aku suka sangat ngan statement ko ni pet.
"apa yang orang2 tu kata tak penting, yang pentingnya kita dah buktikan dok belajar kat lembah pantai dan gombak tak menjadikan diorang tu lebih pandai daripada kita yang kat kusza...hehehe"

sbb walaupun study kat ganu yg tah apa2 tah kemudahan belajar dia (sampai nak beli act pun terpaksa minta adik kat kl belikan pastu kurier kat alin) akhirnya dapat gak grad w second upper..dapat kalahkan sister2 law yg gerek semacam kat main camp masa tu..huhuhuhu..

musyaini said...

alin: bukan gerek la... kerek...

gerek tu cun... kalu kat kedah gerek tu basikal heheheh

kerek tu belagak tahap gaban...

i'm sorrriiiiiiiiiii

Rozaimi Bin Mohd Said said...

syai, kau jangan pulak nak kerek sebab tahu perbezaan antara kerek ngan gerek...hahahaha

Alin Ahmad said...

Musyai : ooo yea ke gerek kat kedah basikal..hehehheheh. tak tahu la aku...

aku lak gerek kat Singapore macam bagussss....so, tu la sebenarnya aku nak describe sesetengah sisters kat main camp tu...tak la berapa terer sgt pun..tp lagak macam bagusss.pandang kite macam la kita ni tak pandai lak...huhuhuhuhuhu

shariza said...

Gerek sih. Sebab tu depa buat reunion tak pernah jemput kite-kite nih. Ada la depa tanya Eija masa kat court join tak reunion. Dengan bengapnya Eija tanya balik "eh ada reunion ke ? Tak tau pun? Bila tu?" Oh baru teringat yang kite-kite ni UIA-KUSZA bukannya Ori UIA Gombak.Patut le tak tahu menahu pasal reunion nih.

Apa-apa pun memang berbangga sangat tengok kite-kite skrg ni jd orang yang berjaya walaupun depa kata kite-kite ni were picked at random. Ceh!

Anonymous said...

result spm aku..amek sehari lepas result kuar..dat day..aku kat KL, keje....so ada mangkuk mana ntah call umah mak aku bagitau mak aku result aku..dah mak aku lebih tau dr aku..tak surprise betul!!

favourite subject..sejarah & perdagangan.

ustazshafiee said...

ada ori uia ngan tak ori ke? macam tepon nokia je.. kalau ori tu katanya Yahudi, kalau tak ori, katanya thailandi.. macam-macam..

Anonymous said...

Pul @ ustazpie

Nanti kalau aku pegi terengganu aku roger.....

Tempat kerja baru kurang out station la bro...

Kalau dulu senang2 je buat trip ke teranu kite.... la ni tak boleh doh huk huk huk