Ini gambar saya bersama Syifa, anak saudara sulung bagi kami first batch UIA-KUSZA. Ini kerana, mak (Ma) dan ayahnya (Ja’a) bertemu jodoh semasa kami berada di KUSZA. Kisah cinta mereka ‘dasat’ juga sehingga kadang-kadang menimbulkan rasa meluat di hati kami. Seolah-olah dunia ini mereka yang punya and everything is revolved around them, duh!
Perkara yang paling terkenang apabila tiba-tiba ampaian di asrama kami tiba-tiba ada baju lelaki yang bersidai elok. Wah, ada student lelaki lepas ke hostel ke? Bilik mana dia duduk?
Dirisik-risik, rupanya Ma tolong basuhkan baju Ja’a. Kami jadi lagi boring. Entah apa-apa la bercinta begini. You tu bukannya ada apa-apa pun, yang sanggup pergi basuh baju orang tu kenapa?
Dan, saya masih ingat lagi, bila saya terlibat dalam penyediaan backdrop untuk satu program, di mana kami perlu mewarna tulisan dan hiasannya, Ja’a dengan tidak malunya membuat corak abstrak yang membolehkan orang membaca nama Ja’a-Ma. Oh, meluat! Meluat! Dan, dengan tujuan menghampakan cinta mereka, kami pun terus alter tulisan itu. Maka, hilanglah ‘masterpiece’ dia, dan puas hati kami … hahaha!
Syifa kini berusia 9 tahun (dia lahir pada 1999). Kali terakhir kami bertemu adalah semasa keluarganya menghadiri majlis perkahwinan Ayue tahun lepas. Tidak nampak jelas dia kerana hanya ternampak di dalam kereta. Namun, dia memang comel.
Semoga Syifa akan membesar dengan cemerlang dan sentiasa menjadi kebanggaan ibu dan ayah, InsyaAllah.

6 comments:
:)
Sue, Apsal ko senyum cenggitu?
kalau ingat2 cerita time belajar mcm2 kelakar pun ada terharu pun ada... sepanjang jalan kenangan!
Ayue
la..yer ker ada gosip tu..
aku pun tak tau..
Alah, takkan tak dengar apa2 .. tipula tu ... kan heboh citer tu ... hmmm ..
Ayue:
mungkin ada kot..kene flash back memory sket
Post a Comment