Saturday, August 30, 2008

Kita dan Rumah Kita ...

Ini bukan gambar jemaah haji atau umrah. Tapi, ini adalah gambar kita di rumah sewa. Ingat lagi tak, bila kita ‘dihalau’ dari hostel dan diminta tinggal di luar? Masa tu, adik-adik junior berbulu saja dengan kita kerana kita diberi ‘keistimewaan’ ini. Maka, beramai-ramailah kita bertebaran sekitar Gong Badak itu mencari rumah sewa. Dan, kumpulan ini rumahnya di Jalan Tali Air 4, Wakaf Tembusu.

Siapa mereka ini?

Dari kiri:
Norin, Nisak, Ayue, saya, Nor, Lina dan Alin.



Ahli lain yang tiada di dalam gambar adalah Sue (tukang ambil gambar) dan Sharina (MIA).

Tinggal di rumah sewa inilah membuatkan kita belajar memahami siapa sebenarnya kawan. Kawan berduka, kawan menangis, kawan makan kawan, dan macam-macam lagilah ... tapi, itu semua saya KIV dulu. Belum masanya.

Pernah sekali, saya memandu dari Dungun ke KT untuk menjenguk kembali kawasan ini. Terlalu banyak yang berubah sudah. Tadika di sebelah rumah itupun sudah tiada lagi dan rumah kita itupun jauh bezanya. Dulu ada sebatang pokok (lupa pulak pokok apa) di dalam pagar kawasan rumah tu yang menjadi tempat kita mengikat ampaian baju-baju kita. Namun, sekarang ini semua itu tidak kelihatan lagi.

Oh ya, bercerita mengenai rumah sewa itu, antara yang menarik, rumah itu ada struktur organisasi yang tidak lengkap. Kenapa tidak lengkap? Kerana hanya ada bendahari sahaja – iaitu Ayue – a confuse ex-checquer :p

Semasa mahu diundi untuk menentukan siapa yang akan jadi bendahari, Ayue sedang mandi, dan majlis telah sebulat suara memilih beliau walaupun tanpa kehadirannya. Dia sangat marah, but the majority rule! Maka, dengan aura kemarahan itulah, setiap hujung bulan dia menjadi lebih garang meminta duit sewa dari kami! Every cent is counted! Itulah menariknya persahabatan orang perempuan – semuanya sama rata.

Yang nyata, biarpun segalanya sudah berubah, memori yang indah tetap yang utama dalam ingatan.

10 comments:

Anonymous said...

Ayue:

after many years...baru la korang nak bongkar rahsia ni yer...!! mmg la korang...heran aku..but why? why me???

Pijat-Pijat said...

Ayue:

Kalau bagitau cerita sebenar kat kau ... cari pasal la tu ...

Tapi, kami tahu ... ko suke ... kan? kan? kan?

Anonymous said...

Ayue:

bukan ker si norina and sharina tu amek accounting masa SPM dulu...aku budak art jer wooi

ni nak bagi tau....walaupunn dah bertahun..aku nak bagitau gak...!aku tak suka arrrghhhhhhhhhhh!!!

hah ! now tell me why..why why tell me why

Pijat-Pijat said...

Ayue:
Aku pun amek account gak ... tp semua tu mimpi ngeri tuh ... hahaha .. .remember the 'tiger night show'? Hahaha ...

Remember, aku sampai termimpi ambik math dalam mimpi ... horror je ...

Aku rasa, kau dipilih ... sbb kau x de utk menolak. Itu je alasan wajar yang boleh aku bg ...

Anonymous said...

Ayue:

ramai jgk rupanya bdk2 amek accounting..

tapi tak per..tiger show semua tu aku masih ingat..yg rugi nyer aku tak sedar masa tu!!

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku nak kasi tau satu cerita kat salah satu rumah sewa budak lelaki...aku tak nak cakap rumah manalah kan...cerita ni pasal beras sebab dah duduk luarkan kena makan sendiri...so, 1 hari tu aku pergi le rumah yang satu ni, saje je, nak jalan2 sambil tengok rumah sapa paling best (and kesimpulan yang dibuat, rumah aku jugak yang best), so bila aku sampai kat rumah yang satu ni, aku masuk dan aku nampak 7 kampit beras...semuanya dah dibukak...dan aku pun tanya ni apa kes sampai 7 kampit beras dah terbukak? rupa2nya diorang ni pakai sistem kau punya kau punya aku punya aku punya...so, setiap kali nak masak, diorang akan ambik beras dari setiap kampit...kalau sapa tak nak makan, kena bagitau so orang yang nak masak tu tak payahlah usik beras orang yang tak nak makan tu...

Pijat-Pijat said...

Caypet:

Gila dasat berkira! Gitu plak bebudak lelaki ni ye?

Ish .. ish ... tapi aku ada citer baikkkk punya pasal hal memasak + makan2 di rumah sewa ni ... cuma tengah dok pikir cemana nak put into words so that tak de le macam membuka pekung di dada walaupun memang tujuannya begitu ... ngehehehe ...

Anonymous said...

Kepet..

Yg pastinya tu bkn umah sewa sy...

100% sy pasti..

Tp yg bestnya, semua yg satu rumah dgn sy mmg satu kepala.. Tima kasih kpd Ijai, Shahudin, Musyai, Zaidi dan Ipin.. Lg satu, diaorg ni semuanya x brani nk ubah kedudukan susunatur perabot kt umah sewa tu. takut sy hangin satu bdn..

Rumah bujang yg x gaya rumah bujang sbb byk perabot dan kemas tersusun. Cayalah..........

Rozaimi Bin Mohd Said said...

wan,
bezanya rumah sewa korang ngan rumah sewa kitorang ialah rumah sewa korang ada kau and rumah sewa kitorang tak de kau...apa2 ajelah...

Anonymous said...

kahkah...

betul tu kepet.....

tp yg bestnya kepetkan, masa dok rumah sewa tu, kita semua slalu gi mkn sotong goreng, ikan goreng, cendol pulut kt gerai tepi pantai..

seronoknya kalu ingat masa bljr kt uia kusza dulu...

Rumah awk pun slalu gak sy lepak.. bkn nk puji, tp kemas dan bersih x mcm rumah org bujang yg lain...