Cayalah si Caypet ni ... ada lagi dia benda ni.
Sebab tu kad dia, maka nama dia la yang tertera di situ. UM tu kalau tak salah adalah untuk blok Umar kot. Rasanya yang sisters punya JW ataupun US - blok Juwairiah dan Ummu Salamah.
Dulu, masa nak makan, breakfast, lunch or dinner, kena usung la kad ni. Tak ada kad, tak boleh ambil makanan. Kadang-kadang petugas kat dining tu pemalas nak tanda dia bagi juga sesiapa yang tak bawa kad ni makan.
Semasa kami duduk di blok baru - Kompleks Asma, blok Maryam - petugas-petugas dining itu menjadi sangat skema. Bersungguh-sungguh nak menanda kad makan ni. Macam la best sangat makanan kat situ yang nak membuatkan orang nak gi ulang makan 2-3 kali! (err, tapi Nescafe susu dia sedap woo ..). Tapi, diaorang buat begitu sebab ada juga budak hostel yang cancel nama dari makan kat dining, tapi still pergi makan (tak tau la ada ke yang buat begitu).
Sekali tu saya terlupa bawa kad ni. Kebetulan masa tu baru balik dari kelas. Malas nak balik ke bilik ambil kad. Saya ingat mereka takkan tanda kad tersebut sebab dah hampir 2 minggu mereka tak buat begitu. Tapi, nak dijadikan cerita, apa jadah mereka mimpi hari tu, gila menanda la pulak!
Kebetulan pula, tengahari tu saya lunch sorang-sorang, dan waktu tu dining lengang sebab ramai belum makan (masa pergi lebih kurang pukul 12.00 tengahari). Seperti orang yang bertamadun yang lain, saya pun beratur dengan sabar untuk mengambil makanan. Ingat lagi, menu hari tu nasi minyak dan ayam masak merah.
Saya kemudian melepasi akak yang senduk nasi tu. Dia tak mintak kad pun.
Kemudian, sampai di tempat ayam tu, akak ayam tu kecoh nak tengok kad saya.
“Mana kad?” dia bertanya dengan muka seorang yang penuh authority.
“Lupa!” selamba kodok saya menjawab. Saya tengok tepat ke muka dia.
“Tak de kad, tak boleh makan,” dia menjatuhkan hukum.
Dengan keadaan yang lapar, dan sudah beratur lama (barisan tu ada dalam 5 orang), dan letih baru balik kuliah, bengang saya memuncak.
Kemudian, saya melakukan satu felony yang saya rasa sangat cool untuk dikenangkan sekarang! (Malangnya, saya tiada eye-witness masa tu. Sungguh cis! rasanya)
Saya tengok muka akak berkuasa tu, saya angkat tray yang berisi nasi tu, dan saya hempas kat depan dia! Mujur juga tray tu steel. Kalau plastic mahu saya diban dari makan kat dining dengan kos!
“Tak nak bagi sudah. Blah la!” dan saya memblahkan diri. Tapi, sebelum blah, saya sempat capai sebiji pisang. Eh, tak, 3 biji saya ambil. Dan, saya rasa drama itu menarik banyak mata memerhati. Masa tu saya rasa sangat rebellious gila!
Peristiwa itu membuatkan saya mogok 1 minggu tak makan kat dining. Setelah merasakan yang perbuatan itu sangatlah sia-sia dan tidak menguntungkan sesiapa, saya tarik balik mogok saya dan I’m back to dining!
Tapi, ada sesuatu yang lebih baik terjadi!
Sebenarnya di dining tu ada seorang petugas yang saya paling menyampah kerana mukanya yang tak pernah senyum dan buat kerja macam nak tak nak sahaja. Ibarat kena kawin paksa gitu.
Selepas mogok saya itu, tiba-tiba saja waktu saya hulurkan tray untuk ambil makanan, dia menjadi sangat mesra dengan saya.
“Apahal dia ni? Aku hensem ke?” begitulah dugaan saya dan rakan-rakan lain juga macam pelik dengan akak tu. Paling best sejak mogok itu, setiap kali saya pergi makan di dining, saya selalu dapat lebih dari orang lain daripada akak tu la. Saya sudah hairan, tapi saya sangat sukaa!
Dan, masa bulan puasa, siap boleh order2 dari akak tu suruh simpan supper untuk saya dan kawan-kawan kalau kami terlambat pergi dining.
Sampai hari ni saya masih hairan dengan cerita akak tu. Tapi, antara kesimpulan yang saya boleh buat … SATU: mungkin dia tertarik kepada orang ganas seperti saya; atau DUA: dia memang tak puas hati dengan kawan skema dia tu tapi takut nak protes sebab kawan dia tu macam ada banyak kuasa diktator, dan bila ada orang macam saya yang berani buat begitu, sayalah hero pujaan hatinya!
Hmmmm!
22 comments:
Kpd kawan2 semua!!!!!!!!!!!!
Mejar Hisham Mohd Zabri akan mengadakan kenduri kawin kt rumah dia pada 30hb. Nov, 2008 Hari Ahad.
Dia nk jemput kawan2 tapi x tau alamat kita semua. Apa kata korang sms kan alamt korang untuk dia hntr kad jmputan tu.
no tel dia 017 3759632
Ya Allah Fisha, hang ni betullah -recollector of the students memoriezz... + sesapa yang dok rajin tulis pasal time kita 'sekolah2' dulu :)
BTW, den dah x ingat mana dah pasal kad ni, yg den ingat time den sekolah menengah dulu aje ada kad ni :)) rasanya sbb mmg tak mau ingat2 kan sgt time 'kegembiraan' study kat sana dulu tu agknya... fhm2le...kita kan mcm 'suka' amat dok sana dulu kan... hahaha
Lg cerita ttg donut tu yerk, den mmg x memori lngsung, pasal bengkel tu pun hahah dah hampir terkambus dah tu semua, tinggal nyawa2 ikan aje tuh mimpi2 nak jd penulis... :))) Nampak2 nya hang ni dah sambut seruan menjadi penulis ni... bagussss, well done, berkesan juga bengkel kita tu kan walaupun setelah bertahun2 baru nampak kesannya... jadilah, sekurang2nya walaupun kecil aje program tu tp ttp diingat2 hehehehehehhehhe:))))
Bnyk ko dh update nih, nampak noo den bz sgt pulak akhir2 ni... akhir tahun nih, kan, biasala nak meeting lah nak disburse lah standardlah kan... :((
Nasi ayam dan gmbr2 kita perghh nasi ayam tu kalau close up time aku serve mesti cantik hehehe... aduss sakit mata tengok diri sendiri dlm gmbar tu, tp salute kat hang noo mcm ala2 model tuh ambil gambar tu... maintain dan bertambah jelita, bila lagi??
Baru last weekend buat lagi nasi ayam dan improvise dah, makin sedap..hihii
Selamat Maju Jaya dan Selamat Menulis Fisha!
Selamat Pengantin Baru kat Tuan Mejar! Email ajelah kad kahwin senang sikit. TQ
Tahniah n Selamat Pengantin Baru utk Mejar Hisham....dari Kabu, Nonie n anak-anak.....
Fisha, Tahniah!Rajinnye la ko buat blog utk kitorang.... Fisha, aku nk tanya laa..ainridz ni saper?.....
Apa kbr Nonie???
Lama x dgr citer kuarga awk... Brapa org ank????
Irwan:
Erm .. saya dah suruh dia email kan kad kawen dia ke my email. Kalau dia sudi, dapat le I letak kat sini ...
Sue:
Perkara pahit pun, bila dikenang2, manis rasanya ...
nonie:
Erm .. biasa la .. aku byk masa lapang ... hahaha ...
Ain Ridz = Suhaina + Ridzwan
Semuapun, aku harap korang boleh memanfaatkan blog ni sebagia penghubung antara satu sama lain ...
Irwan:
Jawapan bagi pihak Nonie - anak dia dah 3 orang .. 'Aliya, 'Afrina dan 'Akif ...
dan Nonie sekarang pembantu penyelidik hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ...
Fisha, ko lah kawan yg paling bagus di dunia.... tak yah la aku dok pulun2 jwb cepat2...hehehehe.. Ha'a, anak2 nonie dah 3 orang, Nur'Aliya 'Umayrah (4 thn), Nur'Afrina 'Umayrah (2 thn) dan yg terbaru 'Umar 'Akif (6 bln)...
Skrg lak baru di beri amanah baru oleh Dato' Ketua Hakim Syarie Selangor as Pegawai Penyelidik Hakim Mhkmh T'gi Syariah....
Kabu plak masih as Librarian UIA. Kalau ade sesape kengkawan dok jln2 ke UIA,meh ler singgah ke rumah kami...la ni kami dok kat quarters fellow UIA tu....
Nonie,slm, dgr drpd Ayue nak ambil PHD pulak ye... Zurin pun dah join Shariah Court lani, kan, kat WP Shariah Ct.
Nonie, kitorang pun stay dekat2 dgn UIA aje, senang2 dtg rumah k dgn anak2 ...
P/s : Fisha kena ganti w = u :)
Ada lagi orang yang simpan kad ni ek. Agak-agak kalau 10 tahun lagi boleh jual jadi barang antik ni...
Awal tahun ni saya ada singgah kusza jumpa PIE, dia dah jadi fellow kat kusza tu. Kusza mmg takde perubahan sangat cuma lepas jadi UDM dia punya hostel dah makin dekat Lelaki ngan Perempuan.
Yang lain takde perubahan sangat kecuali dah ada Kompleks Kegiatan Pelajar kat tepi masjid tu.
A.kum Fisha..
wahh best blog nie...!
ramai betul kat sini rupanya...
Kepet :> macmana kau boleh ada kad tu ? aku tak dapat pun.... ?
Hi to Nonie, Irwan,suri, AinRidz & all...
Selamat Pengantin BAru Hisham.. :)
..
Suri:
X byk berubah ke? Mcm2 citer 'horror' saya dengar ... lebih kurang cam UMT dah jadinya .. dgn attirenya, dgn sahsiahnya ...
tp, yg pasti, sisters kat sana x perlu pakai kain kat luar, track bottom kat dalam mcm kitaorang dulu bila nak gi gym ... tak faham betul motif tu ...
Sham + Nisak:
Welkum! Welkum ....
Ha, nak link kedai kek korang pun boleh ... ni, ada lagi sejumlah yang belum berumahtangga .. apa lagi, promosi besar-besaran la ...
Fisha,
Yg horror tu student UDM dia je, tapi bangunan lebih kurang macam dulu
Saje nak kongsi....ingat tak abang hamid (tokei kafe) yang selalui pakai kopiah putih hijau tu
Kalau yang belum tahu, dia meninggal dalam satu eksiden kereta kat JB (lupa la tahun tu, tapi kalau tak silap tahun 1999 ke 2000 )
salam,
sorrylah fisha, u start blok ni and ramai kawan kita yang singgah, maka jadi macam tempat melepas rindu dendamlah...
suri masih di JPJ ke? last time kita jumpa time sama2 pi PAC kat intan kan?
kepet,
ko xde simpan kad keluar asrama ke? aku punya kad pokcik guard mata merah dah rampas
salam,
ajak,
sy masih kat JPJ tapi akan pindah ke kementerian pengangkutan 1 disember ni
Meriahnye... lama tak singgah kat blog Fisha ni. busy le lately.
ello semua kengkawan..ingat i lagi tak?huhuhuhu
Suri:
Ye ke, Innalillah.
Tak ingat lah sapa orang nya tu .. semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN.
Alin:
Aha .. tetibe je jadi lebih hangat daripada biasa .. nape ntah! hehehe.
Tak yah le ko tanya "Ingat I lg ke tak?" .. cam poyo jer ...
Nanti, bila masa kau aku "Friend and Foe"kan, siap le ko ... ngehehe
hehehehe Fisha. baru nak jadi poyo ko dah perasan laks..
tu arrrr..meriah giler. terkezut i..Sue email suruh g blog ni katanya ada perkembangan baru....wah...chaiyo la Fisha.
Memang banyak perkembangan baru blog fisha ini. Macam jadi tempat pertemuan kawan-kawan lama pulak. Bagus teruskan usaha yang bagus ini.
Entah apa-apa lah makan kat dewan makan KUSZA, macam makan kena catu di penjara terbuka saja.
Masa aku sekolah asrama kat Johor dulu pun tak ada guna kad makan.
Kashaf:
Ada ke peristiwa kena catu makanan?
Seingat saya, kat KUSZA tu portion dia besar gak dia letak ...
Post a Comment