Saturday, November 29, 2008

Popularnya dia ...

Cerita lama ni. Re-publish juga. Letak kat sini kerana rasanya lebih relevan.

Hari Ahad 1 Mac 2008, Ayue sms saya.

“Hari ni Budiey masuk KOSMO, 2 full pages citer pasal blog dia. Ko bila lagi?”

Terus saya capai tabloid itu dan mencari-cari berita tersebut. Ya, memang benar, Budiey menjadi topik di akhbar tersebut. Dahsyatnya. Glamer kawan kita tu!


Gambar forward dari email


Saya kenal Budiey semasa di universiti. Dia rakan sekuliah – tapi berbeza major. Saya boleh banyak terkomunikasi dengan Budiey sebab saya dan Budiey di bawah komiti penerbitan Nuqaba' Council UIA-KUSZA. Kalau tak, mungkin sampai hari ni saya tak cakap dengan dia - seperti Kepet, yang mengaku selama 5 tahun kita di KUSZA, ada 3 sisters yang dia tak pernah langsung bercakap! Tak sangka, hari ini Budiey menceburi bidang yang sangat-teramat kontras daripada kursus yang dipelajari di universiti.

Walau bagaimanapun, kami tidak terkejut kerana Budiey sememangnya seorang yang berkarektor. Dia seorang yang lone ranger, tapi mudah membuat kawan. Saya suka saja berbual dengan dia -- walaupun tak adalah sampai ke peringkat borak tak ingat dunia.

Semasa di tahun-tahun akhir pengajian, Budiey semakin berubah. Antara komen kawan-kawan:

“Kau tengok tak, Budiey dah pakai foundation?”

“Eh, Budiey pakai turtle neck tee … heee!”

Dan pelbagai lagilah komentar selari yang diberikan kepada Budiey hasil daripada pemerhatian mereka yang sangat jitu dan kompleks. (Saya pun tumpang sekaki juga buat observation tersebut dan terlibat secara langsung dalam memberikan komen-komen yang sepatutnya.)

Habis degree, masing-masing membawa haluan sendiri, dan Budiey kami dapat tahu bekerja di ASTRO (tak tahulah daripada mana kami dapat info tersebut. Tapi, tahu je lah … innate talent .. hehehe).

Cerita Budiey terhenti seketika sehinggalah satu hari Leena forwardkan gambar ini …


Budiey dan Wardina. Cayalah!

Pergh, Budiey sekarang sudah berpapasan dengan golongan rich and famous? Macam tak caya saja. Maka, dengan semangat berkobar-kobar nak meraikan kejayaan seorang teman, saya pun google pasal Budiey dan tadaaaa … sensasi selebriti yang keluar! Memang tidak syak lagi, dialah Budiey yang telah lama saya kenali.

Kami jadi excited bila mendapat tahu cerita ini. Dan kami meraikan cerita ini dengan senyuman sahaja. Kami rasa Budiey pun akan tersenyum manis melihat senyuman kami.

Oh Budiey! Semoga Budiey sentiasa berjaya dan bahagia dalam hidupnya!

Kami: Sekadar tumpang bahagia dengan kejayaan seorang sahabat. Er, Budiey, kenal lagi ke kami ni?

Cayalah!

Edit:
Kini Budiey makin berjaya dan berjaya. Makin terkenal di kalangan artis dan Malaysian who's who. Nak add dalam facebook pun malu .. hehehe ... Maklumle. Dengar-dengar re-union nanti Budiey akan diminta menjadi pengurus artis buat persembahan? Wohoooo!!

Friday, November 28, 2008

Memori Abang Judge

** Ini adalah re-publish entry. Ambil dari sini.

***Specially dedicated to NORA

Gambar ambil tanpa izin dari Syidi Rahmaan


Tadi, waktu browse nak cari sesuatu, saya telah bertemu gambar tu ...

Serta-merta ingatan saya terlayang kepada Norafiza AKA Nora. Tak dapat saya lupakan tentang kegilaannya kepada Dr. Hakim tu (dulu En. Hakim ... or fondly known among us by Bro. Hakim).

Saya tak ingat macam mana Nora boleh gila-gila minat dengan Bro. Hakim, tetapi setiap kali berpapasan di kampus, dan kebetulan Bro. Hakim menghadiahinya senyuman, dia separuh pengsan gembira. Kala mendapat tahu Bro. Hakim sudah beristeri dan mempunyai 2 anak, dia sedikit kecewa, namun itu semua tidak menghentikan dia daripada meminati Bro. Hakim.

Bro. Hakim senyumannya manis.

Bro. Hakim cute sangat ... arghh!

Bro. Hakim tu bikin aku dug dug dug ...

It's all about him and him...

Dia malah kadang-kadang memanggil Bro. Hakim dengan panggilan Abang Judge (duh!).

Saya rasa saya masih simpan coretan Nora tentang Abang Judge ni. Nanti saya cari balik.

Sementara itu, untuk Nora ... ENJOY!

Thursday, November 27, 2008

BTN 1995 - Pusat Pertanian Setiu

Back in mood nak menulis, dan saya membelog dari office! :p


Ini cerita lama -- waktu awal-awal kita di KUSZA. BTN - Disember 1995, kita mula belajar mengenal antara satu sama lain. Ada yang teringin nak saling berkenalan, tapi segan-segan ...


Masa ni baru habis satu semester kita belajar di Matric tu, lepas final exam. Terpaksa datang awal, sebab nak pergi sini.

Saya bersama mereka ini - Abe Mea (Razman), Man Mat Noh, Wafi, Fathi, Majdi dan Suri. Ada sister dalam group saya itu minat gila sama si Majoi, dan dia sungguh gembira saat itu. Siapa dia? Rahsiaaa ... Saya? Saya tak minat sesapa, sebab saya busy mengenangkan aktiviti masuk hutan yang saya tak berapa nak gemar ni. Lagipun, saya macho, minat-minat ni aktiviti orang yang feminin je, hahahaha.

Saya suka dengan gambar ni, bukan kerana lelaki-lelaki yang terendam itu, tetapi kerana warna dia yang menimbulkan satu perasaan. Ahh .. susah nak describe, sebab saya tak tau apa istilah betulnya. Tapi, lelaki-lelaki terendam itu punyai makna juga bila dikenang-kenang. Hee.


Ini saat masuk hutan. Oh, paling ingat bila Bro. Bob (kat mana dia sekarang ye?) tersekat di akar dan tak boleh nak lolos diri. Kesian melihatnya. Namun nak ketawa pun ada!

Saya rasa macam nak mampus bila kena panjat bukit tu. Terpaksa bertongkat kayu. Baru 18 tahun (wah, lamanya cerita ini!) dah semput. Hmmm ...

Sisters di dalam kumpulan saya semuanya athletic dan kuat - kecuali saya. Zetty, Affrosh (Loh), Hasimah, Alwani dan Sue. Saya sukalah sekumpulan dengan diaorang.

Paling tak boleh lupa, masa kena buat bahtera merdeka, bila Man Mat Noh buat stunt sampai bergegar tempat kita berkumpul tu ... Maklumlah, rumah kayu. Punyalah beria sebab nak pastikan group kita nombor satu. Lepas tu kena perli, sebab sisters pulak jadi penahan halangan sedang brothers semua duduk dalam kapal. Kamu hafal lagi ke lagu Bahtera Merdeka tu?

Saya dah lupa siapa yang jadi penghulu dan penghulu wati di situ. Tapi, macam terbayang-bayang macam mana budak yang katanya mahu jadi PM Malaysia itu menunjukkan leadership skillnya. Kagum saya!

Banyak-banyak aktiviti, saya paling suka buat crawling (ke hapa nama dia - yang turun dari atas platform ke bawah tu. Lagi sekali ingatan saya melayang kepada Bro. Bob bila dia terus terluncur turun, tak seperti kita yang berdikit-dikit menampan dinding platform itu. Lepas dia turun, semua fasi kita ketawa dan kelihatan sangat lega.

Saya rasa, antara perkara yang saya mahu buat sebelum saya mati ialah melakukan bungee jumping di New Zealand. Ada sesiapa nak ikut? Dan, kalau tak dapat yang itu, paragliding will do. Oh, I'll die happily if I could do that ...

Seperkara yang tidak dapat dilupakan lagi, sekembali dari BTN, kita mendapat result exam. Boleh pulak saya kena repeat CCU. Hampes. English pun kena repeat. Memalukan.

Tapi, paling sedih, bila dah mesra-mesra di BTN ni, kita menerima perkhabaran yang dua orang kawan kita - Norafiza (Nora) dan Wan Ezrul Nizam akan kembali ke Lembah Pantai kerana mereka berdua over-qualified untuk English course di KUSZA tu (ye la, kita semua taraf CCU + CCL je, sedang diaorang dah ke ESP level). Sedih betul.

Tapi itulah kehidupan. Dah jadi pengalaman. Indah atau tidak, kita yang menentukan. Kalau indah yang terkenang, manis lah ia jadinya.

Semoga terjalin kembalilah perasaan-perasaan ukhuwah di BTN ini.

Hmmm ... tua benar kita ni dah, kan?

Monday, November 24, 2008

Cerita kosong ...

Tuan rumah ketandusan idea.

Maka, inilah cerita kosong untuk sajian anda .. mungkin untuk sepanjang minggu ini ...

Mental block. Exam craze.

Saya baru habis marking 4 bundle answer scripts. 6 essays for each students x 119 students ... you do the math ... (dengan tulisan macam tulis dengan kaki! - Itu sebab saya tak setuju apabila dasar pendidikan negara mansuhkan subjek tulisan di sekolah rendah. Tengokla tulisan bebudak sekarang ... Kalah tulisan K. Lin ... hehehe)

Mahu nyawaaaa ...

Mahu nyawaaaa ...

Aghhh ... esok gaji ... hurray!

Wednesday, November 19, 2008

HEBAHAN AWAL - PEMBERITAHUAN

Logo reka-rekaan
(P/s: Sham, boleh tak create satu post-humus UIA-KUSZA logo? Sham kan terror bab2 computer graphic ni ... nampak hip and cool sikit!)

Memandangkan blog yang tak seberapa ini (ahem .. ahem ...) telah mendapat hits yang tinggi daripada kaum kerabat ex-UIA-KUSZA, maka ... salah seorang pengunjung yang berkaliber bernama Incik Rozaimi @ Kepet, telah mencadangkan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh kita semua. Apakah rancangan itu? Bernas sangatkah? Go figure, people!

Sneak preview:

Nama program:
Amboi, amboi, amboi UIA-KUSZA nya ... (working title, truly yours!)


Tarikh program:
7-9 Mac 2009 @ 7-8 Mac 2009 @ 8-9 Mac 2009


Tempat program:
Eagle Ranch Resort, Port Dickson, N9


Yuran penyertaan:
Incik Kepet akan uruskan. Pesan beliau dengan serius:
"I guess max will be around RM250/family/night. Kalau dah dapat exact figure yang nak join, mungkin boleh negot baik lagi."

P/s: Bagi yang single (either closed or open section), Incik Kepet akan aturkan juga :p


Aktiviti:
Mungkin re-scene balik adegan2 semasa di Balok, BTN Setiu dan sebagainya. The wilder the ideas, the better


Tarikh confirm penyertaan:
Re-union adalah satu aktiviti yang sukar untuk dilaksanakan dan memerlukan masa yang lama untuk dirancang. Maka, sila majukan keputusan sama ada mahu mengikutinya ataupun tidak pada Incik pro-temp Director, Mr. Kepet by or before 31/12/2008.

Penyertaan lewat akan dikenakan penalti, menyanyi tepi pantai dari 12am sampai naik matahari


Working Committee:
Sesapalah yang minat nak join dan buat / nak buat tapi tak leh join


Lapangkan tarikh ini di kalendar tahun hadapan anda ... Semoga niat suci kita ini dipermudahkan Allah ... InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 18, 2008

Pemberitahuan: Flashback - Friend and Foe

Bila Caypet kata ada di antara kawan-kawan UIA-KUSZA yang dia tak pernah bercakap selama kita di sana (mungkin tak kenal, lupa dan seribu satu alasan lagi) ... tiba-tiba membuatkan saya terilham untuk buat siri entri - Flashback, Friend and Foe.

Kenapa "friend and foe"?

Sebab yang mudah - mungkin kita pernah bermusuh dulu, tapi kini berbaik. Atau, pernah menjadi terlalu rapat, dan kini bak berpatah arang berkerat rotan.

Apapun, friend or foe, kita bermula dengan sebuah pertemuan. Maka, bagaimana pun natijah sebuah pertemuan itu, hargailah ia sebaiknya ...

Maka, saya akan mulakan siri entri tersebut 2 hari lagi - dan ia akan berterusan sehingga habis semua orang saya ceritakan. Kalau kamu mahu menyumbang cerita pun boleh ... emailkan saja ke email saya - fisha274@tganu.uitm.edu.my

Namun, siri ini mungkin tergendala sekiranya saya ketiadaan gambar-gambar kawan-kawan kita ... Saya perlukan bantuan semua untuk tujuan itu.

Kamu bersetuju dengan idea saya? Respon segera!

Ya Qadhial Hajaat ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh

Bagi menyempurnakan hajat Mejar Tuan Hisham Mohamed Zabri, maka dengan ini, saya selaku penyimpan kenangan bebudak UIA-KUSZA (huuu!!), dengan ini, mengisytiharkan bahawa tarikh penetapan majlis perkahwinan Tuan Mejar kita telah ditetapkan pada 30 November 2008.

Dengan ini, semua rakan taulan, sahabat handai, kerabat kerabut dijemput untuk memeriahkan Majlis yang julung-julung kali diadakan. Sila bawakan hadiah yang berkaitan sempena meraikan king and queen of the day ...

Klik gambar bawah tu untuk jemputan yang 'real' ...


Kad jemputannya ...



Peta rumahnya ...


P/s: Barangsiapa yang telah dijemput ke walimah, tetapi menguzurkan diri tanpa sebab, ketahuilah itu adalah sesuatu yang buruk dan berdosa ... ngeeee!

Monday, November 17, 2008

Cepat! Masih ada masa sebelum expire!

Leena and Aqish

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Fazlina
Happy birthday to youuuu ...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Fazlina Abu Hassan
Allah selamatkan kamuuuu ...


Birthdays are good for you. Statistics show that the people who have the most live the longest.


Saya sayang kamu. (Time of wish: 11:19PM, November 2008)

Sunday, November 16, 2008

Kad Makan, anyone?

Jalan-jalan ke FB si Caypet, saya spot gambar ni ...

Cayalah si Caypet ni ... ada lagi dia benda ni.

Sebab tu kad dia, maka nama dia la yang tertera di situ. UM tu kalau tak salah adalah untuk blok Umar kot. Rasanya yang sisters punya JW ataupun US - blok Juwairiah dan Ummu Salamah.

Dulu, masa nak makan, breakfast, lunch or dinner, kena usung la kad ni. Tak ada kad, tak boleh ambil makanan. Kadang-kadang petugas kat dining tu pemalas nak tanda dia bagi juga sesiapa yang tak bawa kad ni makan.

Semasa kami duduk di blok baru - Kompleks Asma, blok Maryam - petugas-petugas dining itu menjadi sangat skema. Bersungguh-sungguh nak menanda kad makan ni. Macam la best sangat makanan kat situ yang nak membuatkan orang nak gi ulang makan 2-3 kali! (err, tapi Nescafe susu dia sedap woo ..). Tapi, diaorang buat begitu sebab ada juga budak hostel yang cancel nama dari makan kat dining, tapi still pergi makan (tak tau la ada ke yang buat begitu).

Sekali tu saya terlupa bawa kad ni. Kebetulan masa tu baru balik dari kelas. Malas nak balik ke bilik ambil kad. Saya ingat mereka takkan tanda kad tersebut sebab dah hampir 2 minggu mereka tak buat begitu. Tapi, nak dijadikan cerita, apa jadah mereka mimpi hari tu, gila menanda la pulak!

Kebetulan pula, tengahari tu saya lunch sorang-sorang, dan waktu tu dining lengang sebab ramai belum makan (masa pergi lebih kurang pukul 12.00 tengahari). Seperti orang yang bertamadun yang lain, saya pun beratur dengan sabar untuk mengambil makanan. Ingat lagi, menu hari tu nasi minyak dan ayam masak merah.

Saya kemudian melepasi akak yang senduk nasi tu. Dia tak mintak kad pun.

Kemudian, sampai di tempat ayam tu, akak ayam tu kecoh nak tengok kad saya.

“Mana kad?” dia bertanya dengan muka seorang yang penuh authority.

“Lupa!” selamba kodok saya menjawab. Saya tengok tepat ke muka dia.

“Tak de kad, tak boleh makan,” dia menjatuhkan hukum.


Dengan keadaan yang lapar, dan sudah beratur lama (barisan tu ada dalam 5 orang), dan letih baru balik kuliah, bengang saya memuncak.

Kemudian, saya melakukan satu felony yang saya rasa sangat cool untuk dikenangkan sekarang! (Malangnya, saya tiada eye-witness masa tu. Sungguh cis! rasanya)

Saya tengok muka akak berkuasa tu, saya angkat tray yang berisi nasi tu, dan saya hempas kat depan dia! Mujur juga tray tu steel. Kalau plastic mahu saya diban dari makan kat dining dengan kos!

“Tak nak bagi sudah. Blah la!” dan saya memblahkan diri. Tapi, sebelum blah, saya sempat capai sebiji pisang. Eh, tak, 3 biji saya ambil. Dan, saya rasa drama itu menarik banyak mata memerhati. Masa tu saya rasa sangat rebellious gila!

Peristiwa itu membuatkan saya mogok 1 minggu tak makan kat dining. Setelah merasakan yang perbuatan itu sangatlah sia-sia dan tidak menguntungkan sesiapa, saya tarik balik mogok saya dan I’m back to dining!

Tapi, ada sesuatu yang lebih baik terjadi!

Sebenarnya di dining tu ada seorang petugas yang saya paling menyampah kerana mukanya yang tak pernah senyum dan buat kerja macam nak tak nak sahaja. Ibarat kena kawin paksa gitu.

Selepas mogok saya itu, tiba-tiba saja waktu saya hulurkan tray untuk ambil makanan, dia menjadi sangat mesra dengan saya.

“Apahal dia ni? Aku hensem ke?” begitulah dugaan saya dan rakan-rakan lain juga macam pelik dengan akak tu. Paling best sejak mogok itu, setiap kali saya pergi makan di dining, saya selalu dapat lebih dari orang lain daripada akak tu la. Saya sudah hairan, tapi saya sangat sukaa!

Dan, masa bulan puasa, siap boleh order2 dari akak tu suruh simpan supper untuk saya dan kawan-kawan kalau kami terlambat pergi dining.

Sampai hari ni saya masih hairan dengan cerita akak tu. Tapi, antara kesimpulan yang saya boleh buat … SATU: mungkin dia tertarik kepada orang ganas seperti saya; atau DUA: dia memang tak puas hati dengan kawan skema dia tu tapi takut nak protes sebab kawan dia tu macam ada banyak kuasa diktator, dan bila ada orang macam saya yang berani buat begitu, sayalah hero pujaan hatinya!

Hmmmm!

Saturday, November 15, 2008

Ingatan pada Doughnut

Donat: Sebelum di'make up'
Gambar ambil tanpa izin dari sini


Terasa nak buat entri ni bila Caypet buat remark di sini.

Of all things yang saya buat di UIA-KUSZA tu, this is what he remember most! Amaze saya.

Cerita dia begini.

Masa tu, Alin dan Sue dilanda gila menulis dan kegilaan itu menjadi sangat tidak keruan apabila mereka bertemu dengan se
orang penulis - Sutung Umar RS (saya tak ingat cerita pertemuan mereka itu).

Maka, dengan keterujaan yang amat sangat, mereka pun proposed kepada Dr. Akram (or was it Dr. Torla? Whatever la, kan?) untuk buat satu bengkel penulisan dan menjemput En. Sutung Umar ni.



Committeenya? Siapa lagi kalau bukan kami-kami yang rapat ni. Semua tak terkecuali.

<-- Oh .. those were the good ol days ... so pure, so innocent! Heh!



Hari bengkel.

Masa tiba tea-time, antara hidangannya adalah kuih donat macam kat atas tu lah. Didatangkan oleh caterer dalam bentuk tidak bersalut gula. Donatnya pula diletak dalam plastik bertangkai yang biasa tu (alah yang budak Pantai Timur panggil 'supit gelenyar' tu ..). Gulanya pula dalam plastik lain.

Yang menerima kuih itu adalah Thal. Termenung dia macam mana nak buat dengan donat yang tidak bersalut gula ni. Kemudian datanglah orang lain ke tempat makan tu, termasuklah si Caypet tu (saya rasa saya ada di situ dari mula lagi). Semua pun tumpang fikir macam mana nak buat dengan donut tu.

Ada yang cadang agar sesiapa nak makan, ambik donat dan celupkan dalam gula tu sendiri. Sungguh tak praktikal!

Kemudian, plo*p, mentol di dalam kepala saya menyala.

Masukkan saja gula tu di dalam plastik berisi donat, dan goncangkan saja palstik donat tu.

Ramai macam "erk" dengan idea itu.

Namun, saya buat juga dan voila! sugar-coated doughnut is ready.

Semua makan dengan senang hati dan Caypet ngeri sampai ke hari ini.

Hmmm .. mungkin tindakan itu termasuk dalam kategori keganasan melampau pada dia atau dia tak tahu saya tidak selemah lembut yang disangka? hahahahaha ...

Donat: Selepas di'make up'
Gambar ambil tanpa izin dari
sini

Friday, November 14, 2008

Friendship Quote


Teman sejati bukan yang selalu dekat di mata, dekat bicaranya ...
TETAPI
yang sentiasa setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya.

Author anonymous

Thursday, November 13, 2008

Perihal re-Union

Walaupun hanya bertiga, namun saya tetap mahu panggil ia re-union. Kamu ada masalah tentang itu? Saya harap tidak ...

Reunion pertama



Bersama Sue dan Leena di rumah Sue

Nampak kami semua yang gembira? Senyuman dan sengihan yang lebar? Itu tandanya kami memang gembira.

Kenapa kami gembira?

Kerana Sue masak nasi ayam yang superb! Cayalah!


Evidence: Nasi Ayam Sue + Wan ... kellass
Reunion kedua.

Semasa saya membawa rombongan Cik Kiah ke sini ..



Tiba-tiba ... "Eh, macam kenal je dia ni ... ishhh"

Dia makin rapat ...

"Eh, Halim. Halim kan?" Excited plak ... ye la, jumpa kawan lama. Biarpun sedikit awkward, sebab saya tidak kenal Halim sangat sewaktu kuliah dulu.


Halim masih malu-malu.

Saya pun bukanlah rapat sangat dengan Halim. Sekadar pernah sekelas, interaksi saya dan dia minima dan biasa-biasa sahaja.

Rupanya Halim sekarang menjadi staf Yayasan Kepimpinan Perdana. Hebat Halim!

Kata Halim, dia mula bekerja di situ pada tahun 2005 (kalau saya tak salah dengarlah - maklumlah nak berlawan dengar dengan penerangan PR Yayasan dan nak bersembang dengan dia) selepas habis Master in Library Science di UIA tu.

Halim pun sebenarnya antara salah seorang PR di Yayasan Perdana - yang bertindak memberi penerangan mengenai Yayasan tersebut kepada pelawat.

- untuk memberi gambaran yang lebih jelas, kamu ingat Halim Prep + Tech? Ya, Halim itu lah ... (tapi, gambar di atas kabur pulak .. bateri dah nak habis!)

Halim, yang pertama dari kiri berdiri di barisan belakang

Malangnya, dalam kalut nak mengepung 'anak-anak' naik ke bas, saya tidak sempat nak say good bye to Halim atau mintakkan name card. Tapi, saya sure, Halim akan di situ untuk sekian waktu lagi.


Way to go Halim.

Wednesday, November 12, 2008

Sweet Thought

Friendship is ...
A gift when it's new.
A miracle when it's true.

BUT, you know what?

It's a blessing when it is Y-O-U!

Norina, 9-Nov-2008, 16:04:36