Bila bali ke asrama lepas
dinner, saya berbaring di katil. Di sebelah saya duduk
budak perempuan yang dari Manir tadi. Kemudian saya bangun mahu menyimpan barang di
locker bila dia bersuara,
“Sis, I think your locker is there.”“Oh, sorry.” Sebenarnya, memang saya sengaja mahu mengambil
lockernya kerana
locker saya tak berapa baik keadaannya. Sedar pula dia. Hisy!
Termalu dengan perbuatan sendiri, saya pun mula mencari alas
locker dan mula mengemas apabila kemudiannya kakak tudung labuh tadi masuk ke asrama. Semua orang berkumpul di tengah-tengah asrama – dan kebetulan
centre point tu terletak di kawasan katil saya, dan saya pun diam di situ untuk menyaksikan apa yang akan berlaku.
Keadaan menjadi sangat tegang apabila ada 2-3 orang pelajar menghentam kakak tudung labuh tersebut, seolah-olah dia adalah pengurus yang bertanggungjawab. Kasihan! Terkulat-kulat dia cuba memberi jawapan setelah diasak dengan soalan bertalu-talu daripada kawan-kawan saya yang agak vokal.
Salah seorang daripada mereka yang sangat vokal itu memiliki potongan rambut yang agak pelik – nipis di atas (ala
crew cut) dan berekor di bawah hingga ke paras bahu. Orangnya genit sahaja, tapi suara lantang. Saya agak dia anak mami sebab mukanya ala-ala ke situ. Seorang lagi pula seperti gadis ‘ada-ada’, dengan gayanya yang anggun. Orangnya manis, seperti kacukan India-Melayu. Namun, tiada senyuman di wajahnya. Saya masih menjadi pemerhati yang diam.
Benar seperti jangkaan kami, pihak KUSZA sebenarnya tiada persiapan melainkan yang ala kadar begini untuk menerima kami. Bayangkan bagaimana kami yang baru lepas sekolah menengah perlu menghadapi perkara sebesar ini?
The whole story seems so ridiculous. Apa agaknya salah kami ini.
Keesokan pagi, dalam keadaan yang lebih terkawal, kami semua mula berkenalan antara satu sama lain. Saya mula menjadi ramah setelah ditegur budak berambut pelik itu. Dia memperkenalkan namanya sebagai
Norina, berasal dari Pulau Pinang, dan selepas itu kami berbual dialek utara bersama-sama. Dan selepas itu makin ramai pula. Kawan yang berkongsi katil dengan saya ialah
Siti Noraini (Nonie), Jawa Selangor, dan kawan-kawannya pula,
Siti Nur Ashikin (Ikin) dan
Juliarina (Yong). Seorang lagi kawan Noni ialah
Azizah (Edot). Kawan sebelah kiri katil saya pula ialah
Sue, Khadijah (Joh), Azaniza (Kak Ja) dan
Affrosh Khana (Loh) – semuanya daripada Kelantan.
Di depan katil saya pula, Khairulnisa (Nisak) dari Johor, berkongsi katil dengan Nor Azamimah (Nor) juga dari Johor. Gadis macam kacukan India itu pula namanya Sharina (Sha) dari Melaka, berkongsi katil dengan Nurhasnita (Ita) dari Johor. Ita dan Nisak adalah kawan satu sekolah.
Norina pula berkongsi katil dengan Norzilawati (kak Gie) dari Kelantan dan berjiran dengan Norafiza (Nora) dari Negeri Sembilan dan Suhaina (Sue) dari Melaka.
Dorm yang panjang itu sebenarnya adalah bukaan 2 bilik besar. Semua kawan yang saya kenal, adalah mereka yang berada di dalam kawasan bilik satu. Dalam bilik dua pula, saya berkenalan dengan Roslinda (Alin) dari Melaka, Thalasiah (Thal) dari Negeri Sembilan, Norhafizah (Fiza), Salmah (Sal), Aishah dan Husnida (Nida) dari Johor. Kemudian Asmawati (kak Asma) dari Kedah, Fazlina (Leena) dari Perak, Rohayue (Ayue) dan Suzzlyana (Yana) dari Negeri Sembilan, Rafidah (Fidah) dan Mahfuzah (Fuzah) dari KL, Zetty Halina (Zetty), Umikalthom (Kak Umi), Sarimah (Imah) dari Johor, Siti Nazirah (Iera) dari Pahang, Munira dan Zurina (Zurin) dari Melaka, Sharija (Ieja) dan Karimah (Kayrem) dari Penang, Rosliza (Kak Za), Rafida (Kak Da), Aida (Kak Aida), Aminah (Kak Min) dari Kelantan. Ada lagi yang belum saya kenal kerana mereka dipindahkan ke bilik lain kerana dorm tidak muat – termasuklah budak yang bergaya sakan tu.
Kami mula belajar memahami apa sebenarnya yang terjadi dan menyusun strategi apakah yang patut kami lakukan untuk memperjuangkan hak kami. Kami menghiburkan hati dengan mengenangkan perkara-perkara manis yang berlaku sepanjang Taaruf Week di Lembah Pantai. Sesungguhnya kami adalah pelajar-pelajar malang yang tersisih kerana politik orang-orang yang berkuasa. Kami sesungguhnya sedang belajar untuk hidup.
Kami bersyukur dengan pengalaman pahit ini.