Sunday, May 25, 2008

Aku, Kau dan Mobil

Malam itu rasa malas benar nak melangkah keluar pergi membeli makanan. Nak dikirim, ada yang akan menarik muka, walaupun bukannya payah benar nak menunaikannya. Akhirnya, saya dan Ayue memutuskan untuk memasak mi segera sahaja.

Dengan harapan perut akan kenyang hinggalah keesokan harinya, kami menyuap mi segera ke mulut dengan penuh selera.

“Arghhh ... burp. Kenyangnya.”

“Betul kenyang ni?”

“Betul lah ...”

"OK, kita tunggu tindak balas kimia tu. Boleh ke tidak."

Pukul 8.45 malam.
“Masih kenyang.”

Pukul 9.25 malam.
“Kenyang lagi.”

Pukul 10.00 malam.
“Kenyang tu kenyang, tapi rasa nak mengunyahlah.”

“Kau ni .. aku ada biskut. Makanlah kalau tak malu.”

“Eleh, kau ingat biskut kau bagus sangat ke? Meh la sini, bagi kalau berani!”

Pukul 10.50.
“Halah, lapar la perut ni... Waktu ni la pulak dia nak lapar ...”

“Ha aa la .. aku pun.”

“Kau ni suka nak tiru aku. Aku baca buku, kau pun baca buku. Aku mengantuk, kau pun mengantuk. Aku lapar, kau pun sibuk."

“Nak buat macam mana, bukan kemahuan fikiran...”

“Emmm, kau terfikir apa yang aku fikir?”

“Aku rasa, aku fikir apa yang kau fikirkan.”

“Dah, apa difikirkan lagi ... pegi siap!”




Mobil Station Jln. Gong Badak - Wakaf Tembesu
Picture taken on Nov. 23, 2007

Pukul 11.00 malam, kelihatan dua orang gadis yang memakai wind-breaker gelap menunggang motorsikal menuju ke stesen minyak – Mobil. Kenapa mereka ke sana? Motorsikal mereka kehabisan minyak? Bukan...

Rupanya, kedua-duanya berusaha memenuhi perut yang lapar dengan membeli beras, telur dan kudap-kudapan.

Beras? Kenapa beras, bukan nasi?

Sebab ... beras la, bukan nasi. Beras tu nak masak, baru boleh dapat nasi.

Seketika, dua makhluk itu memecah keheningan lewat malam dengan kegiatan menumbuk cili, menggoreng nasi dan menyemarakkan bau makanan keseluruh rumah demi kebahagiaan perut mereka… MISSION ACCOMPLISHED ...

Hmm... mujur ada Mobil tu, kan?

NOTA: Saya pergi ke Gong Badak, spent one day there semata-mata nak buat entri ni tau ...!

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa la masa exam la kita lapar..tak leh ke makan biskut dan dok diam2 baca buk kan...ni tak..masa tu la lapar...bila dah kenyang..ngantuk lak!...semua datang dalam package..!apa orang cadangkan bukan tak buat..minum kopi (Thalasiah yg cadang kan..tp sebelum air kopi sejuk dah tertido!)...munum nescafe pekat (err..Fisha bukan ko ker yang overdose nescafe..last2 tak bole baca gak sb pening kepala.

Pijat-Pijat said...

Tu la cabaran dia ... ingat nak jadi cemerlang ... tapi besar sungguh halangan dia ...

Yue,
Pasal nescafe 2 peket tu, mmg overdose habih ... tak pening pun ... tapi lepas minum ngantuk dia lgi Ya Rabbi ... heran betoi ...