Saturday, May 24, 2008

"In the Mood for Love" - My first encounter

Saya harus katakan bahawa saya akan menghampakan sesiapa yang berfikiran di luar kotak mengenai tajuk entri ini. Ia tidaklah sesensasi yang kamu fikirkan. Maaf!



Saya adalah seorang yang agak konservertif. Maksudnya, tidak pernah membuat banyak perkara yang dianggap ramai orang sebagai sesuatu yang biasa. Bukan tiada peluang, atau ada halangan, namun saya sendiri yang tidak berkeinginan untuk melakukannya. Salah satunya menonton wayang.

Saya tidak pernah berpengalaman menonton wayang / masuk panggung. Tapi, Ramadhan tahun 2000, TGV KLCC merupakan pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan.

Ceritanya begini..

Hari tersebut, Ayue dan Norul mengajak saya berbuka puasa di luar (saya rasa Ayue nak belanja saya sempena birthday saya). Maka, selepas bersiap, saya, dia dan Norul pun ke KLCC. Memandangkan waktu berbuka puasa masih lambat, Ayue mencadangkan kami semua menonton wayang. Saya jadi nervous kerana ini adalah pengalaman pertama masuk pawagam. Bila diteliti kesemua filem yang ditayangkan, Ayue memilih untuk menonton cerita ini - In the Mood for Love (dia dan Norul boleh faham dan bertutur dalam bahasa Cina) - sebab dia suka Maggie Cheung tu. Saya tidak pernah suka cerita Cina. Norul mengikut sahaja. Ayue menyuruh saya memilih cerita lain kalau saya mahu. Memang lah saya tak nak .. dah la ini pengalaman pertama masuk panggung, nak suruh saya tengok movie sorang-sorang? Hisy ... seram tu. Akhirnya, kami semua menonton filem tersebut.

Disebabkan cerita tersebut agak klasik 'setting' nya, lagilah menambah ke'tidakminat'an saya terhadap cerita tersebut. Tapi, saya mula belajar mengenali bentuk pawagam, susun atur dan gelagat penonton-penonton yang selama ini saya ketahui hanya melalui pembacaan. Kebetulan tak ramai yang menonton filem tersebut. Separuh jalan, saya sudah terlelap. Saya terjaga kira-kira filem tinggal setengah jam nak habis. Saya ingat saya seorang sahaja yang terlelap, Ayue dan Norul pun sama. Hmmm ...

Keluar panggung, ramai penonton seakan tidak berpuas dengan filem tersebut. Seorang 'uncle' melihat ke arah kami dan mengeluh, "Aiyaa, apa punya filem ni. Talak best langsung!" sambil tersengih-sengih. Kami membalas sengihannya.

Saya kira pengalaman masuk panggung wayang memang saya alami secara literalnya kerana pengalaman keseronokan menonton hanya saya rasai setelah saya mula 'pandai' mengunjungi pawagam beberapa tahun kemudian. Terima kasih kepada K. Marina yang memupuk minat ini :)

Kiranya In the Mood for Love adalah pengalaman indah untuk In the Mood for Movie ku ...

Thanks Ayue for the memory that I'll never forget :p

2 comments:

Pijat-Pijat said...

Tadi Ayue hantar mesej yang membetulkan fakta: dia peminat mati keras TONY LEUNG ..

Pijat respond:
Sorry aa ... den pelakon cino ni tak minat dan tak tau sangat ... mujur jugak den kenai Maggie Cheung n Tony Leung ko tu ..

Anonymous said...

Ayue said:

aku admit that movie tak best..

tapi Tony Leung..so man...